Januari 27, 2010

(Gossip) Aizat: Saya tidak pernah buat pembedahan hidung


Betul ke...Ntah lah hanya mereka yang tahu..mari kita Zoom kisah anak muda yang digossipkan ketika beliau masih lagi bertarung dengan penyakitnya..Marilah kita sama-sama mendoakan semoga anak muda ini kembali sihat seperti selalunya.



Baca Selanjutnya

Aizat telah ditahan di wad Hospital Ampang Puteri tidak lama lalu berkata sakit tersebut tiada kena mengena dengan amalan dietnya untuk kurus.


"Sebelum AJL24 lagi, Aizat dah rasa sakit perut ini. Tapi sakit tersebut tidaklah kronik sangat dan bukan bersangkut paut dengan diet Aizat. Doktor mengesahkan ia berpunca dari tekanan, bangun lewat dan rehat yang tidak cukup,"
ujarnya.

Bagaimanapun, Aizat cukup terkejut apabila ada pihak mendakwa selepas berjaya menguruskan badan, dia menjalani pula pembedahan hidung.

"
Itu fitnah semata-mata. Aizat tidak pernah buat sebarang pembedahan untuk memancung atau mengecilkan hidung Aizat ini. Hidung ini adalah trademark Aizat dan kurniaan Allah SWT,"
katanya