Januari 27, 2010

(Cerita Artis) Mila ingin berhenti berlakon kerana letih !!?


Walaupun baru mula berlakon, nampaknya artis comel ini sudah kenal erti letih sebagai penyanyi dan pelakon dalam masa yang sama.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin yang berpengalaman di pentas rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia lima (AF5), kini semakin yakin melangkah dalam dunia lakonan. Akan tetapi, Mila mengakui berlakon adalah lebih susah jika dibandingkan dengan bidang nyanyian.



Baca Selanjutnya

Lagu-lagu nyanyiannya yang kini hangat diputarkan di corong-corong radio membuatkan nama penyanyi ini semakin menjadi bualan peminat muzik tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Mutiara ini yang baru sahaja selesai proses penggambaran filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie arahan Osman Ali menyuarakan hasratnya untuk berehat sementara waktu dalam bidang lakonan.


"Buat masa ni saya mahu tumpukan dalam bidang nyanyian dahulu. Lagipun album kedua akan menemui peminat pada pertengahan tahun ini,"
katanya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Apabila ditanya tawaran berlakon untuk filem dan drama, Mila mengakui masih lagi menerima tawaran, tetapi dia tekad untuk berehat sementara waktu dari dunia lakonan.