Memaparkan catatan dengan label mila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mila. Papar semua catatan

Jun 23, 2012

Gambar Mila Jirin Makan Char Keow Teow

Bertuahnya Mila sebab ayah beliau pandai memasak, dan sekilas pandang anda sudah pasti ingin mencari di mana ada kedai Char Keow Teow Kan.


Gambar ini ZoOM jumpa di laman Facebook Mila, ZOOM adalah salah seorang peminat Mila Jirin yang sunyi sepi daripada gossip dan konterversi tetapi perjuangan seni dalam industri hiburan tetap menjadi matlamat beliau.


Semoga Mila berjaya dalam bidang yang diceburi.


Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mei 07, 2010

Gambar Mila Makin Seksi Nampak !!!!

Anda perasaan tak, Juara Akademi Fantasia ni makin seksi je Zoom tengok, Dalam cerita Kau Dan aku pun macam-macam ada jika anda perasaan.


Tapi yang pelik dalam gambar ni...kasut Mila macam besar jer..!!!


Yang bestnya Mila ni pandai jaga Budget...sebab semua sendiri tak macam artis-artis yang nak kena taja tu..!!!


Apa kata anda !?

Mac 12, 2010

Mila dan Akim jadi suami isteri

Ini yang baca dari akhbar online malam ni, terkejut juga baca tajuk topic gossip mengenai Akim dan Mila artis Akademi Fantasia dan pelakon Kau dan Aku ni.

Rupa-rupanya tajuk di atas hanya sebagai gimik si pengarang di dalam akhbar online tersebut, Mila dan Akim sebenarnya hanya berkahwin di dalam cerita "Khan Kluay"

Ini cerita Thailand yang diadaptasikan dalam Bahasa Malaysia,kalau nak tau tontonlah Filem ini dipawagam nanti,lepas tu "Share"lah dengan pembaca di Zoomartis.

Februari 10, 2010

(Gambar) Gaya Mila Dan Din Beramboi menarik peminat mengundi !!

Kehangatan ABP semakin dirasai oleh artis-artis yang berjaya ke peringkat akhir, malahan bermacam-macam cara yang mereka gunakan untuk menarik peminat mengundi mereka kali ini.Salah satu contoh artis Mila AF dan pelawak DIn Beramboi ni.

APa kata anda !!?



Baca Selanjutnya

Januari 27, 2010

(Cerita Artis) Mila ingin berhenti berlakon kerana letih !!?


Walaupun baru mula berlakon, nampaknya artis comel ini sudah kenal erti letih sebagai penyanyi dan pelakon dalam masa yang sama.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin yang berpengalaman di pentas rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia lima (AF5), kini semakin yakin melangkah dalam dunia lakonan. Akan tetapi, Mila mengakui berlakon adalah lebih susah jika dibandingkan dengan bidang nyanyian.



Baca Selanjutnya

Lagu-lagu nyanyiannya yang kini hangat diputarkan di corong-corong radio membuatkan nama penyanyi ini semakin menjadi bualan peminat muzik tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Mutiara ini yang baru sahaja selesai proses penggambaran filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie arahan Osman Ali menyuarakan hasratnya untuk berehat sementara waktu dalam bidang lakonan.


"Buat masa ni saya mahu tumpukan dalam bidang nyanyian dahulu. Lagipun album kedua akan menemui peminat pada pertengahan tahun ini,"
katanya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Apabila ditanya tawaran berlakon untuk filem dan drama, Mila mengakui masih lagi menerima tawaran, tetapi dia tekad untuk berehat sementara waktu dari dunia lakonan.


November 16, 2009

(Gambar)Pelakon Kau Dan Aku di Astro !!


Boleh tahan juga pelakon-pelakon Akademi Fantasia ni, ada yang berbakat dan ada juga yang masih perlu diajar.Apa kata anda mengenai pelakon Kau dan Aku ini ?



Baca Selanjutnya

Apapun Akim, Aril,Mila Good Luck AF Student...!!!

November 03, 2009

(Panas) Akim Peluk Mila Di pelancaran "Kau Dan Aku" !!!


Zoom tau gambar dan gossip mengenai Akim peluk mila ni belum ada lagie, zoom upload untuk tatapan pembaca di zoomartis. Bukan nak memburukan Mila dan AKim.. tetapi sebagai pengajaran kepada gadis-gadis dan jejaka kat luar tue yang bergelar artis.. !!:P apa pun Zoom tabik spring kat Akim sebab lakonan dia menjadi kat Drama ni...!!!



Baca Selanjutnya

Apa KOmen anda..!!! kalau tengok Drama " Kau & AKu" di Saluran Astro ini, bebudak sekolah jer yang ramai suka tengok. Sebab cerita dia cintan2 sikit..!! apa komen anda !!!

Oktober 16, 2009

(Cerita Artis) Mila Beli Rumah Dengan Cash RM300,000.00


Kebelankangan ini Mila, juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), membeli rumah di sekitar Puchong yang berharga lebih RM300,000 untuk memberi keselesaan kepada keluarganya. Selama ini Mila menyewa dengan orang tuanya di kawasan Damansara. Sewa kat kawasan elit tu mencecah RM1,500 sebulan. Daripada menyewa dan bayar wang yang banyak, kata Mila, lebih baik dia beli terus rumah sebagai aset untuk masa depannya.



Baca Selanjutnya

Inilah berita yang diberi tahu oleh Mila yang datang ke Studio Utusan untuk melakukan sesi fotografi. Dalam dok berborak tentang aktiviti seninya sejak dua bulan lalu di Indonesia kerana menjalankan penggambaran drama bersiri muzikal, sempat mencungkil perkembangan terbaru Mila yang masih sarat dengan sifat peramah dan rendah diri.

Rezeki Mila yang bertambah selepas bergelar artis ni maka dia mengambil keputusan untuk beli sebuah kediaman bagi dijadikan tempat berteduh untuk ibu bapa dan dua adiknya. Dalam usia muda dan mentah, dia dah ada harta sendiri. Mila juga diakui sebagai sebenarnya seorang budak yang berjimat -cermat dan pandai menjaga kewangannya.

Zoom Komen: Bertuahnyer Ibubapa artis kecik molek ni, Inilah yang dinamakan pengorbanan dan balasan kepada orang tua yang telah membela kita sejak dari dalam perut lagi.!! Kepada jejaka-jejaka kat luar tuee carilah awek2 atau bakal bini macam MILA.. :P..Apa Komen Anda !!!

Oktober 13, 2009

(Gambar) Mila Dengan Rambut Kembang Nyer !!!


Si Kecik Ni, Makin lama makin Meletopp Jer..Artis AF nie Sedang Shoot Filem ker Drama Terbaru..!! apa KOmen anda mengenai Artis Si Kecik COmel NI !!? COmel ? Comot ? Melebih2 dan Etc....



Baca Selanjutnya

Ogos 14, 2009

(Gambar) MIla Tak Make - Up !!


Alahai Cik Mila Yang Comel, MAcam baru Bangun jer mila kecik tomei ni. Ni bila nyer gambar zoom pun tak tau.Tadi search tertengok la gambar mila AF ni..
Pagi-pagi ni layan la gambar artis2 kita yang seribu 1 cerita dan gaya .. :P
Sexy Jugak si mila ni erkk..

Jun 09, 2009

(Celebrity News) Mila Mendeklamasikan Puisi ??


Talented Jugak Si Mila ni Erkk, Kecik-Kecik Cili Padi...
Deklamasi Puisi Pun dia Bleh Buat...Sure Lagu Nasyid Pun Boleh, Nak juga
Tengok Dia Menyanyi Lagu-lagu nasyid :P

hari ni kat Utusan Malaysia Petikan,Menyatakan Mila Akan
Mendeklamasikan Puisi dalam Malam Puisi Utusan yang berlangsung
pada 12 mei ini (Jumaat) Bertempat di laman santai Istana Budaya,
saper2 Yang Free Tue Jum la Lepak Kat IB 12 mei ni.

Selain itu dato siti,sifu m.nasir,Hujan,kopratasa,Amy Search dan Diana danielle pun ada :P, Sasterawan negara pun turut menyertai program MPU ini..so apa tunggu lagie...balik keje gi mandi pas tu gi IB, Jangan tak Mandii tau...

Mei 14, 2009

( Gossip ) Penjelasan Mila, Syarikat & Sugar Daddy


SETELAH lebih setahun menjadi ahli lembaga pengarah MC Voices & Stars Sdn. Bhd. (MCV), Noorsyarmilla Jirin atau lebih dikenali dengan Mila Jirin (juara AF5) telah membuat keputusan berundur daripada syarikat yang ditubuhkan bersama dengan rakan niaganya, Bernard Cheah.

Pengunduran tersebut dibuat Mila kerana dia mahu lebih fokus mengendalikan syarikat barunya iaitu LuvMila Corporation untuk mengelakkan konflik kepentingan antara syarikat.

Bagaimanapun, seperti perjanjian sebelum ini, MVC masih meneruskan kerjasama untuk menerbitkan album Mila yang sedang dalam pembikinan.


Namun di sebalik perpisahan itu, ada kata nakal yang singgah menyatakan ia bukan perpisahan biasa.

Sebaliknya ia juga dianggap perpisahan antara Mila dan Bernard yang didakwa mempunyai hubungan ‘luar biasa’ dengan penyanyi kelahiran Pulau Mutiara ini.

Ikuti temu bual dengan Mila.

VAZZ: Sebenarnya kenapa Mila keluar daripada MCV? Adakah sebab sudah tak sehaluan atau kerana hubungan ‘luar biasa’ dengan Bernard berakhir, maka Mila pun meninggalkan syarikat?

MILA: Tidak, itu tidak benar sama sekali. Antara kami tidak pernah ada hubungan ‘luar biasa’ seperti yang didakwa. Saya tidak bercinta dengan Bernard. Hubungan kami adalah hubungan profesional.

Saya keluar daripada MCV kerana mahu menumpukan komitmen pada bisnes keluarga yang kami tubuhkan sejak bulan Jun tahun lalu iaitu Luvmila Corporation.

Saya jual syer majoriti saya, 41 peratus kepada Bernard dan 10 peratus lagi pada rakan kongsi baru Bernard. Jadi saya tak mahu ada ketidakseimbangan dalam bisnes, maka saya memilih untuk bersama bisnes keluarga. Lagipun saya tak boleh tamak.

Tapi Mila masih akan terus berurusan dengan MCV selepas ini?

Masih. Malah album sulung saya juga akan diteruskan bersama MCV dan Maestro. Sekarang pun saya dalam proses menyiapkan album itu dan sehingga projek ini selesai, saya dan MCV akan terus bekerjasama.

Apa yang dijual Luvmila?

Kami menjual produk kecantikan dalaman wanita iaitu cucian wanita, sabun herba pemutih, semburan intimasi dan produk makanan kesihatan.

Semua produk jualan saya berasaskan herba. Sebelum menjualnya, saya dan ibu telah mencuba produk ini sendiri selama enam bulan.

Kenapa tidak jual produk penjagaan muka, sebaliknya memilih produk kesihatan dan kecantikan dalaman wanita?

Sasaran saya sebenarnya remaja. Seperti sabun herba pemutih, saya tahu tidak ramai remaja, terutama yang masih bersekolah, mementingkan kesihatan dalaman berbanding muka.

Jadi saya fikir, saya mahu membantu mereka lebih peka tentang kepentingan sabun mencuci vagina ini. Sebab itu saya tak tumpukan pada produk kecantikan muka. Lagipun sudah banyak produk kecantikan muka di pasaran.

Malah saya sendiri sedang berusaha untuk meminta kebenaran daripada kementerian berkenaan untuk menjalankan kempen ke sekolah-sekolah untuk bertemu pelajar wanita dan berkongsi rahsia serta impak penggunaan pencuci wanita.

Kedengaran seperti anda sibuk berniaga sekarang ini. Bagaimana dengan kerjaya seni?

Masih berjalan lancar dan saya sering membuat persembahan. Album juga dalam rakaman. Sekarang saya sudah bersedia untuk berlakon. Esok saya akan menjalani satu uji bakat filem. Saya mahu belajar jadi pelakon.

Kehidupan peribadi? Sudah ada kekasih?

Kalau ikut hati, memang nak ada kekasih. Lagipun usia saya sudah 21 tahun. Kadang-kadang saya rasa sunyi juga. Telefon pun tak berbunyi. Pergi tengok wayang pun masih dengan mak dan ayah. Sunyi.

Tapi bila fikir semula, saya pun tak berani nak bercinta lagi sebab takut tak mampu beri komitmen. Saya pun sibuk, masa untuk diri sendiri pun tak ada. Tapi kalau nanti cinta datang, saya tidak tolak.