Memaparkan catatan dengan label Din Beramboi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Din Beramboi. Papar semua catatan

April 07, 2010

Rumah arwah Din Beramboi digeledah pencuri

Ketika ramai orang masih bersedih dengan kematian pelawak dan penyampai Radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi, ada pihak pula mengambil kesempatan memecah masuk rumah Allahyarham di Sungai Buaya, Kuala Kubu Baru kelmarin
.
Mereka mengambil peluang daripada keadaan rumah itu yang sering ditinggalkan kosong dengan masuk melalui pintu belakang sebelum melarikan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM20,000.


April 04, 2010

Gambar Arwah Din Beramboi di kebumikan..

Suasana sedih disekitar kawasan pengkebumian beliau, beratus-ratus sahabat handai dan saudara mara mengunjungi .Pastinya kita tidak akan lupa celoteh beliau apabila suara beliau keudara, gelak ketawa dan gurau senda beliau akan sentiasa diingati.Apatah lagi kepada insan-insan yang pernah bercakap dengan beliau.

Sekali lagi marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk beliau..


AL-Fatihah..

April 02, 2010

Din Beramboi Meninggal dunia dan selamat dikebumikan

Al-Fatihah...Zoom baru tau selepas membaca akhbar online hari ini, semoga beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh..

Arwah Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.

Sudah pasti keluarga dan rakan karib serta teman seperjuangan berasa sedih dengan kepergian beliau..

Sebagai Umatnya marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah ..

April 01, 2010

Berita - Din Beramboi disyaki Denggi Berdarah


Din beramboi menolak dakwaan beliau diracun tetapi dijangkiti oleh virus denggi berdarah,Anak perempuan beliau Nil Aina Adibah Mior menyatakan Din berada dalam keadaan stabil.

Menurut anak beliau juga ada banyak cerita atau khabar angin diluar sana sehinggakan ada ramai insan yang bermurah hati ingin menderma darah.Tetapi ianya khabar angin jer.

Kesian kat Din, tetapi dengan kedatangan insan-insan yang ikhlas ingin menderma darah pastinya akan membuatkan kita berasa bangga sebagai anak Malaysia khasnya.

Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan kerja-kerja seharian

Februari 10, 2010

(Gambar) Gaya Mila Dan Din Beramboi menarik peminat mengundi !!

Kehangatan ABP semakin dirasai oleh artis-artis yang berjaya ke peringkat akhir, malahan bermacam-macam cara yang mereka gunakan untuk menarik peminat mengundi mereka kali ini.Salah satu contoh artis Mila AF dan pelawak DIn Beramboi ni.

APa kata anda !!?



Baca Selanjutnya

Februari 06, 2010

(Gossip) Kisah mulut Laser Din beramboi di Program Raja Lawak !!!!

Heboh juga gossip mengenai "Kelaseran" abang Din kita ini dalam program Raja Lawak.Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui gossip di RJL4.Sekadar ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di arena industri kita hari ini..!!



Baca Selanjutnya

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar,"
ujarnya dengan nada kesal.

Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu. Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti,"
katanya dalam nada ketawa.

Zoom: Nasib baik la Bro Din kita ni sedar juga kesilapannya, Apa kata anda?

Disember 21, 2009

(Cerita Artis) Din Beramboi serius atau gila-gila ?



Penyampai radio yang personaliti 'riuh-rendah' dan jenaka 'luar kawalan' yang diperdagangkan, empunya diri Mior Ahmad Fuad, 43, atau Din Beramboi, sebenarnya berkeperibadian serius. Cabang komedi adalah platform yang membolehkan dia diterima dan dikenali umum. Masyarakat juga sudah serasi dengan personaliti yang ditampilkannya. Malah, dia juga mendapat sumber rezeki dengan penampilan imej komedi.

Namun, itu tidak bermakna Din 'gila-gila' dan membuat lawak sepanjang masa. Personaliti yang gila-gila, lucu dan riuh-rendah itu hanya ditampilkan kepada umum ketika bekerja. Realitinya, Din tidaklah 'huru-hara' seperti mana yang dikenali umum. Akuinya, sebagai seorang artis yang menjadikan bidang komedi sebagai periuk nasi, dia harus menjadikan dirinya seperti mana yang disukai ramai.



Baca Selanjutnya

"Peminat dan masyarakat mengenali dan menerima saya sebagai Din Beramboi yang lucu, huru-hara dan gila-gila. Itulah cara saya mendapat sumber rezeki, jadi apabila bekerja tidak kiralah untuk persembahan, di radio, berlakon atau program komedi, saya perlu tampil sebegitu. Personaliti gila-gila dan jenaka 'melampau' itu yang menarik minat orang ramai terhadap saya.

"Orang ramai selesa dan senang mengenali saya sebegitu. Jadi saya akan pamerkan personaliti itu bila bekerja. Tapi bila tidak bekerja atau ketika di rumah bersama keluarga, saya adalah diri saya. Sebagai individu, saya seorang yang serius dan tidak membuat lawak 24 jam tapi apabila bekerja saya adalah Din Beramboi. Bukan bermakna saya langsung tidak bergurau dan berlawak di luar waktu kerja, namun ia tidaklah seperti mana yang dilihat dan dikenali di TV ataupun radio,'' katanya.

Menyentuh aspek kerjaya, Din yang semakin laris sejak mengendalikan segmen Riuh Pagi Era di Radio Era bersama Aznil Hj Nawawi berkata, dia amat bersyukur dengan peluang dan ruang yang terbuka untuknya di dalam industri hiburan.

Ketika ditanya mengenai pendekatan yang akan ditampilkannya sebagai pengkritik tetap Raja Lawak 4 kelak, Din berkata, dia teruja untuk membantu peserta-peserta yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia komedi.