Memaparkan catatan dengan label dj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dj. Papar semua catatan

Julai 04, 2012

Gossip DJ Zizi Tinggalkan Suria FM Kerana Masalah Disiplin

Penyampai radio Suria FM iaitu Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Zizi telah meninggalkan stesen radio itu berkuat kuasa 29 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata, Zizi meletakkan jawatan selepas menerima tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Jakarta, Indonesia dan memutuskan untuk menerima peluang itu.

Dan ini jawapan bekas BOSS Zizi mengenai gossip panas mengenai Zizi yang dikatakan bermasalah :
"Sebagai seorang ketua di sini saya gembira dengan pencapaian anak buah saya yang dapat memperluaskan kerjaya mereka di peringkat lebih tinggi dan keputusan yang di ambil oleh Zizi adalah tepat," ujarnya

"Masalah tidak puas hati dengan pihak pengurusan tidak berlaku kerana Zizi sendiri yang ingin meninggalkan Suria FM dan kami di pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah untuk kebaikan dan masa depannya," ujarnya.

Februari 17, 2012

Arwah Razak , DJ IKIM FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan



Ini berita yang baru ZoOM baca mengenai DJ Razak IKIMfm yang meninggal dunia akibat kemalangan, marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah untuk beliau.

AL-FATIHAH

Dan Berita Mengenai Kemalangan Beliau dibawah 


IKIMfm menerima berita yang menyedihkan di awal pagi tadi apabila penyampainya Dj Abdul Razak Arbain telah menyambut panggilan ilahi. Beliau dikatakan terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal. Difahamkan menjadi rutin arwah untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motorsikalnya. Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan

Februari 16, 2012

Gossip Raja Azura Atau Kak engku Kembali Kepada Bekas Suami Adzmin Osman


Ini berita terbaru yang ZOoM baca mengenai Raja Azura atau nama glamour Kak Engku,Gossip panas mengenai penyampai radio Sinar FM yang dikatakan sudah kembali kepada bekas suami. Namun empunya diri tampil dengan jawapan berikut apabila ditanya oleh wartawan mengenai kisah hubungan beliau dengan bekas suami :
"Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu.

“Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Lagipun saya sibuk dengan anak-anak dan kerja. Perkara lain tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online di pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini, Rabu.

Disember 10, 2011

Gambar Dan Imej Terbaru Hajjah Abby Fana

Selepas

Inilah wajah dan imej terbaru Hajjah Abby Fana, pagi ini wajah beliau berkumandang dikaca TV3 dalam siaran MHI pagi tadi. Sekembali daripada mengerjaekan ibadat di Tanah Suci, wajah beliau nampak lain daripada sebelum beliau menunaikan ibadat.

Jika dulu aurat dikepala seanterio melihatnya, tapi kini semua itu hanya tinggal kenangan, malah beliau tampak cantik dah ayu bertudung pagi tadi. Bak kata orang "Sejuk Mata Memandang".

Namun ZOoM terfikir juga macam mana keadaan dan situasi Abby ketika di Konti nanti, adakah masih ceria dengan celotehnya atau pun sebaliknya.

SEBELUM :

Julai 07, 2011

Video Fara Fauzana @ Fafau Basuh Periuk Di Kampung

Alamak macam kenal tapi siapa yer....Amboi-ambooi ( ala-ala Azwan Ali) hahahahahaha Faraaaaaa, tabik SPRING den kat ikauuu ( bahasa nogori). Mana tidaknya jarang-jarang @ kadang-kadang artis yang dah naik duduk mencangkung dan basuh periuk macam tu...

Sekarang ni semua nak control, nak jaga privacy lah...nak jaga standard laaa...

Nak tau kenapa ZoOM puji melambung Fafau jommm layan video kat bawah ni :

Februari 06, 2011

Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?

Oktober 09, 2010

Penceraian Raja Azura dan Kenyataan beliau

Sedihnya tengok gambar akak Raja Azura kita ni, walaupun telatahnya sering membuatkan si pendengar ketawa dan tersenyum dikala sedih. Namun ia tidak menghalang kisah sedih turut menghantui beliau sekian lama. Akhirnya akak Raja Azura sah bercerai dengan bekas suami Adzmin Tan Sri Osman pada 28 september lalu, berikut statement Raja Azura kepada wartawan dan public.

Februari 19, 2010

(Gossip) Linda Onn cari suami sesedap mata memandang !!


Disebalik kisah konterversinya dengan bekas kekasih hati jejaka popular tanah air Fahrin Ahmad sehingga kan dibawah ke Mahkamah.Mungkin kerana ingin kan seseorang untuk menjadi teman mengadu Linda Onn tampil dengan "statement" ingin mencari seseorang yang sedap mata memandang dan memahaminya..!!!

Mari kita baca luahan si gadis Suria FM ini:-


Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Linda menegaskan dirinya bukan sengaja mereka-reka cerita mengenai dakwaan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Malah dia juga tidak pernah merasa tertekan dengan ‘masalah’ yang menimpa ketika mengendalikan kerja di tempat barunya, Suria FM setelah bertugas sejak 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sekerja di Suria FM dan majikan. Dari situ, saya tak pernah patah semangat walaupun ada beribu yang menghentam.

“Saya dah jelaskan kepada mereka bahawa kes itu berlaku disebabkan saya menjawab soalan daripada wartawan dan bercakap yang benar. Jadi, sebab itu mereka menyokong saya,” jelas Linda kepada mStar Online.

Zoom: Inilah yang dinamakan lumrah dunia, sekejap bahagia dan kadang kala ia akan menjadi keruh atau pun kering sementara anda memerlukannya...Apa kata anda !?

Februari 08, 2010

(Cerita Artis) Halim kembali menjadi DJ kerana Duit !!!?

Setelah dua tahun berehat Abang Halim kita ini ingin kembali menghiasi corong-corong Radio tempatan dengan suara garau dan machonya.Sudah tentu peminat beliau akan ternanti-nanti suara si jejaka Roda Impian yang sering mengusik peminatnya ketika ke udara.

Zoom, adalah salah seorang peminat Halim ketika beliau ke udara sebagai DJ, kepetahan beliau berkata-kata membuatkan si pendengar akan cuba mengamati apakah yang ingin beliau sampaikan..!! Mari kita baca luahan dan pandangan Halim mengenai perjalanan seninya..!!!



Baca Selanjutnya
"Itu khabar angin semata-mata. Saya kembali ke bidang ini bukan kerana duit. Saya kembali semula kerana terlalu cintakan bidang ini dan juga kerana peminat-peminat saya. Selama dua tahun berehat saya dapat rasakan begitu kehilangan. Kemana saya pergi pun peminat-peminat tanya kemana saya menghilang,"
kata Halim yang telah berjaya menarik sebahagian peminatnya mendengar Suria FM.

Anak jati Terengganu ini, bukan setakat mencipta nama sebagai penyampai radio, malah beliau juga antara selebriti awal yang mengacarakan rancangan Roda Impian di saluran televisyen Astro Ria, namun menurut Halim buat masa ini dia ingin mengangkat nama Suria FM sebelum kembali menjadi pengacara program tv.
"Matlamat saya satu iaitu untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen radio terbaik di Malaysia walaupun banyak tawaran pengacaraan yang diterima saya terpaksa tolak,"
ujarnya.

Zoom: Berdasarkan "statement" Zoom dah agak Halim akan kembali menjadi DJ Suria FM..Apa kata anda pulak..!!?

Februari 05, 2010

(Gossip) Fara nafi elak ambil gambar dengan makcik-makcik

Heboh juga kes Fara tak nak bergambar dengan Orang Lama, kisahnya Zoom dapat lihat di merata-rata laman sesawang yang berpengkalan di Malaysia.Malahan Akhbar online turut sama menghebahkan berita atau gossip terbaru Fara ni...Jum baca kisah dan penjelasan Farah atau Fafau ni..!!!



Baca Selanjutnya

Fara yang terkenal dengan sikap peramah dan penyayang itu didakwa mengarahkan pengawal peribadi yang bertugas dalam sebuah majlis baru-baru ini untuk menghalang makcik-makcik bergambar dengannya.


“SAYA nak nafi pun rasa kelakar apabila orang kata saya cuba elak untuk bergambar dengan makcik-makcik,”
kata penyampai radio popular, Fara Fauzana mengenai dakwaan dia enggan bergambar dengan golongan wanita berusia.


“Saya pernah marah pengawal keselamatan sebab mereka halang saya bergambar dengan makcik-makcik,”
tambah Fara yang bakal muncul menerusi program terbarunya, Alahai Fafau yang akan disiarkan di TV9 mulai 7 Februari ini.

Pengacara Melodi ini juga didakwa berlagak ‘diva’ dengan staf TV3. Dakwaan mengatakan Fara telah membaling kunci kereta kepada salah seorang pemandu kenderaan TV3. Mendengar dakwaan itu, Fara dalam keadaan tenang menjawab isu itu timbul kerana salah faham.

“Saya rasa cerita ini hanya salah faham, mengarut dan rekaan semata-mata kerana saya jarang menaiki kereta yang dipandu oleh staf TV3.


“Kereta saya diselenggarakan oleh anak saudara saya, Zul dan kadangkala saya serahkan kepada jockey. Tetapi di TV3 mana ada jockey,”
beritahunya

Zoom : Aoa kata anda !!?

Februari 03, 2010

(Gambar) Farah Fauzana Tanpa Mekap!

Aiks...terkejut juga Zoom tengok gambar Farah Fauzana atau Fafau tanpa Make-up ni.Sebelum ini ada juga Zoom tengok gambar artis lain tanpa "Make Up", kalau tak baca tajuk sure Zoom tak kenal siapakah anak gadis ini.

Mungkin masa Fafau pergi kat tempat ini, beliau tidak sempat untuk 'Make Up" kot.Kesian Fafau gambar macam ini pun Blog tu nak hebohkan...Sabar je la Fafau...Walaupun tanpa "Make Up" Fafau tetap Cool bila berdepan "Camera Man" betul tak !!? Lagi gambar ada di bawah...




Baca Selanjutnya




Apa kata anda ?

Januari 27, 2010

(Gossip) Linda serah isu Fahrin pada peguam


Nampaknya segala masalah yang dicetuskan oleh mereka ****** telah membuatkan bekas pasangan kekasih ini melibatkan peguam dan keluarga masing-masing.Bak kata pepatah "kerana mulut badan binasa".Inilah yang berlaku kepada Linda Onn yang hanya menjawap segala pertanyaan wartawan.Zoom pun malas nak komen sebab tidak tahu perkara yang sebenarnya.cukup sekadar berkongsi dengan anda luahan Linda di dalam Akhbar hari ini..Samada Linda akan membuat permohonan maaf secara terbuka belum dapat dipastikan lagi...cerita selebihnya ada di bawah...!! ( Info media online )



Baca Selanjutnya

Fahrin Ahmad mengemukakan permohonaan maaf itu menerusi notis tuntutan selama 7 hari yang dikeluarkan menerusi peguamnya Tetuan Tengku Naufal & Co.

Penyampai radio Linda Onn enggan memberikan sebarang komen terhadap tindakan Fahrin Ahmad.

"Saya tidak mahu komen apa-apa dan saya juga tidak boleh komen apa-apa. Segalanya saya serahkan kepada peguam saya. Biarlah peguam yang menguruskan hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya hanya berkata benar,"
kata Linda.

Linda juga menafikan dia sengaja mencetuskan sebarang kontroversi berhubung isu Fahrin tersebut.
"Yang mencipta kontroversi bukannya saya. Sebaliknya orang lain yang ciptakan kontroversi untuk saya. Bila wartawan tanya saya soalan, saya hanya jawab yang benar dan inilah jadinya
.
"Kalau tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, jangan tanya saya. Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang telah saya katakan sebelum ini adalah perkara yang benar,"
kata Linda lagi.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace of Golden Horses, pagi semalam, Fahrin telah membuat pengakuan bahawa dia dan seluruh keluarganya telah tertekan dengan kenyataan Linda itu. Malah, kenyataan Linda itu sedikit sebanyak telah menjejaskan maruah, reputasi serta kredibilitinya sebagai seorang pelakon, pengacara dan duta produk untuk beberapa syarikat jenama terkemuka.


Januari 04, 2010

(Gossip) Linda Onn tinggalkan Sinar FM !!?


Peminat: Ini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..L.O dah pun babai dari Sinar; dengar citer dia nak gi ke Suria fm; tak tau betul ke tak, tapi kisah dia tinggalkan sinar tuh memang confirm.... so..ada ke sesapa yang nak menangisi pemergian L.O, selain abang-abang lori?
pada aku, meh la kita ucapkan selamat maju jaya kat dia; semoga terus dimurahkan rejeki dan cepat dapat jodoh. babai L.O....




Baca Selanjutnya

Ini komen yang Zoom baca di laman forum cari semalam, tak sempat nak upload sebab nurse ni tak habis-habis nak masukkan antibiotik dalam badan ni.Kesahihan belum dapat dipastikan tetapi sehari dua tentu ada maklum balas dari pihak Linda Onn mengenai gossip terbaru ini..Any INFO ?

Apa kata anda ?



Disember 21, 2009

(Cerita Artis) Din Beramboi serius atau gila-gila ?



Penyampai radio yang personaliti 'riuh-rendah' dan jenaka 'luar kawalan' yang diperdagangkan, empunya diri Mior Ahmad Fuad, 43, atau Din Beramboi, sebenarnya berkeperibadian serius. Cabang komedi adalah platform yang membolehkan dia diterima dan dikenali umum. Masyarakat juga sudah serasi dengan personaliti yang ditampilkannya. Malah, dia juga mendapat sumber rezeki dengan penampilan imej komedi.

Namun, itu tidak bermakna Din 'gila-gila' dan membuat lawak sepanjang masa. Personaliti yang gila-gila, lucu dan riuh-rendah itu hanya ditampilkan kepada umum ketika bekerja. Realitinya, Din tidaklah 'huru-hara' seperti mana yang dikenali umum. Akuinya, sebagai seorang artis yang menjadikan bidang komedi sebagai periuk nasi, dia harus menjadikan dirinya seperti mana yang disukai ramai.



Baca Selanjutnya

"Peminat dan masyarakat mengenali dan menerima saya sebagai Din Beramboi yang lucu, huru-hara dan gila-gila. Itulah cara saya mendapat sumber rezeki, jadi apabila bekerja tidak kiralah untuk persembahan, di radio, berlakon atau program komedi, saya perlu tampil sebegitu. Personaliti gila-gila dan jenaka 'melampau' itu yang menarik minat orang ramai terhadap saya.

"Orang ramai selesa dan senang mengenali saya sebegitu. Jadi saya akan pamerkan personaliti itu bila bekerja. Tapi bila tidak bekerja atau ketika di rumah bersama keluarga, saya adalah diri saya. Sebagai individu, saya seorang yang serius dan tidak membuat lawak 24 jam tapi apabila bekerja saya adalah Din Beramboi. Bukan bermakna saya langsung tidak bergurau dan berlawak di luar waktu kerja, namun ia tidaklah seperti mana yang dilihat dan dikenali di TV ataupun radio,'' katanya.

Menyentuh aspek kerjaya, Din yang semakin laris sejak mengendalikan segmen Riuh Pagi Era di Radio Era bersama Aznil Hj Nawawi berkata, dia amat bersyukur dengan peluang dan ruang yang terbuka untuknya di dalam industri hiburan.

Ketika ditanya mengenai pendekatan yang akan ditampilkannya sebagai pengkritik tetap Raja Lawak 4 kelak, Din berkata, dia teruja untuk membantu peserta-peserta yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia komedi.



Julai 01, 2009

(Gossip) kekasih baru Linda, Belaian Manja Linda ?


Huh Hangat Juga citer nie,Linda dah ada kekasih baru..Nama Jejaka ni Salleh..macam Mat Salleh La pulak.Gambar Kat bawah ni Memang Caring And Romantic Giler..Siap Pegang rambut kat kepala salleh ni.Kalau dah berkenan hantar la rombongan waahai En Abang..Jangan la duk usap2 rambut kat public.

Linda...erm...Dengar2 dah putus cinta dengan mamat salleh James Gibbs tak per Salleh Ada.. :P lagie handsome and made in Malaysia kot :P made from Overseas bahaya sket..Belajar dari pengalaman artis lain..

Apa Pun Zoom Doakan Semoga perhubungan Linda dan Salleh TUe sampai ke jinjang PELAMIN..