Baca Selanjutnya
Fahrin Ahmad mengemukakan permohonaan maaf itu menerusi notis tuntutan selama 7 hari yang dikeluarkan menerusi peguamnya Tetuan Tengku Naufal & Co.
Penyampai radio Linda Onn enggan memberikan sebarang komen terhadap tindakan Fahrin Ahmad.
"Saya tidak mahu komen apa-apa dan saya juga tidak boleh komen apa-apa. Segalanya saya serahkan kepada peguam saya. Biarlah peguam yang menguruskan hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya hanya berkata benar,"kata Linda.
Linda juga menafikan dia sengaja mencetuskan sebarang kontroversi berhubung isu Fahrin tersebut.
"Yang mencipta kontroversi bukannya saya. Sebaliknya orang lain yang ciptakan kontroversi untuk saya. Bila wartawan tanya saya soalan, saya hanya jawab yang benar dan inilah jadinya.
"Kalau tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, jangan tanya saya. Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang telah saya katakan sebelum ini adalah perkara yang benar,"kata Linda lagi.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace of Golden Horses, pagi semalam, Fahrin telah membuat pengakuan bahawa dia dan seluruh keluarganya telah tertekan dengan kenyataan Linda itu. Malah, kenyataan Linda itu sedikit sebanyak telah menjejaskan maruah, reputasi serta kredibilitinya sebagai seorang pelakon, pengacara dan duta produk untuk beberapa syarikat jenama terkemuka.