Memaparkan catatan dengan label DJ Suria FM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DJ Suria FM. Papar semua catatan

Julai 04, 2012

Gossip DJ Zizi Tinggalkan Suria FM Kerana Masalah Disiplin

Penyampai radio Suria FM iaitu Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Zizi telah meninggalkan stesen radio itu berkuat kuasa 29 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata, Zizi meletakkan jawatan selepas menerima tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Jakarta, Indonesia dan memutuskan untuk menerima peluang itu.

Dan ini jawapan bekas BOSS Zizi mengenai gossip panas mengenai Zizi yang dikatakan bermasalah :
"Sebagai seorang ketua di sini saya gembira dengan pencapaian anak buah saya yang dapat memperluaskan kerjaya mereka di peringkat lebih tinggi dan keputusan yang di ambil oleh Zizi adalah tepat," ujarnya

"Masalah tidak puas hati dengan pihak pengurusan tidak berlaku kerana Zizi sendiri yang ingin meninggalkan Suria FM dan kami di pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah untuk kebaikan dan masa depannya," ujarnya.

Februari 06, 2011

Facebook Abby Fana Sinar FM Kena Hack !!

Pagi tadi semasa keluar minum pagi ZoOm terdengar Abby Fana bercerita mengenai akaun Facebook beliau yang disalah guna oleh orang lain yang berjaya mengodam akaun facebook Abby Fana.

Sekarang ini zaman yang moden dan canggih malah manusia dimuka bumi ini pun semakin cilik pandai dengan sistem komputer yang pada mulanya hanya segelintir sahaja yang mampu memecahkan kod dan program dalam komputer.

Bagi ZOOm salah satu sebab Facebook pernah kecoh nak tutup mungkin kerana fungsi Facebook yang mudah diceroboh kot..

ZoOm : Apa Kata Anda ?

Januari 28, 2011

Sharifah Shahira Sah Jadi DJ Suria FM

Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.


Dan Berikut "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan :



“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.


“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.

Februari 19, 2010

(Gossip) Linda Onn cari suami sesedap mata memandang !!


Disebalik kisah konterversinya dengan bekas kekasih hati jejaka popular tanah air Fahrin Ahmad sehingga kan dibawah ke Mahkamah.Mungkin kerana ingin kan seseorang untuk menjadi teman mengadu Linda Onn tampil dengan "statement" ingin mencari seseorang yang sedap mata memandang dan memahaminya..!!!

Mari kita baca luahan si gadis Suria FM ini:-


Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Linda menegaskan dirinya bukan sengaja mereka-reka cerita mengenai dakwaan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Malah dia juga tidak pernah merasa tertekan dengan ‘masalah’ yang menimpa ketika mengendalikan kerja di tempat barunya, Suria FM setelah bertugas sejak 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sekerja di Suria FM dan majikan. Dari situ, saya tak pernah patah semangat walaupun ada beribu yang menghentam.

“Saya dah jelaskan kepada mereka bahawa kes itu berlaku disebabkan saya menjawab soalan daripada wartawan dan bercakap yang benar. Jadi, sebab itu mereka menyokong saya,” jelas Linda kepada mStar Online.

Zoom: Inilah yang dinamakan lumrah dunia, sekejap bahagia dan kadang kala ia akan menjadi keruh atau pun kering sementara anda memerlukannya...Apa kata anda !?

Februari 08, 2010

(Cerita Artis) Halim kembali menjadi DJ kerana Duit !!!?

Setelah dua tahun berehat Abang Halim kita ini ingin kembali menghiasi corong-corong Radio tempatan dengan suara garau dan machonya.Sudah tentu peminat beliau akan ternanti-nanti suara si jejaka Roda Impian yang sering mengusik peminatnya ketika ke udara.

Zoom, adalah salah seorang peminat Halim ketika beliau ke udara sebagai DJ, kepetahan beliau berkata-kata membuatkan si pendengar akan cuba mengamati apakah yang ingin beliau sampaikan..!! Mari kita baca luahan dan pandangan Halim mengenai perjalanan seninya..!!!



Baca Selanjutnya
"Itu khabar angin semata-mata. Saya kembali ke bidang ini bukan kerana duit. Saya kembali semula kerana terlalu cintakan bidang ini dan juga kerana peminat-peminat saya. Selama dua tahun berehat saya dapat rasakan begitu kehilangan. Kemana saya pergi pun peminat-peminat tanya kemana saya menghilang,"
kata Halim yang telah berjaya menarik sebahagian peminatnya mendengar Suria FM.

Anak jati Terengganu ini, bukan setakat mencipta nama sebagai penyampai radio, malah beliau juga antara selebriti awal yang mengacarakan rancangan Roda Impian di saluran televisyen Astro Ria, namun menurut Halim buat masa ini dia ingin mengangkat nama Suria FM sebelum kembali menjadi pengacara program tv.
"Matlamat saya satu iaitu untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen radio terbaik di Malaysia walaupun banyak tawaran pengacaraan yang diterima saya terpaksa tolak,"
ujarnya.

Zoom: Berdasarkan "statement" Zoom dah agak Halim akan kembali menjadi DJ Suria FM..Apa kata anda pulak..!!?

Julai 20, 2009

(Celebrity News) Suria FM lancar Lagu Berduit !!

PROGRAM kelolaan Tuah dan Zizi merupakan 'batu loncatan' buat pendengar Suria FM bagi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM75,000.

STESEN radio popular, Suria FM membuat satu lagi pembaharuan dengan melancarkan kempen Lagu Berduit Suria FM. Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kempen tersebut bermula pada hari ini.

"Kempen ini bakal membuka peluang buat pendengar Suria FM membolot ganjaran hadiah wang tunai berjumlah RM75,000! Kempen tersebut 'diwangikan' oleh One Drop Perfumes yang membuka peluang buat semua pendengar Suria FM memenangi sebahagian daripada RM75,000."

"Setiap hari, satu lagu akan dipilih sebagai Lagu Berduit. Bagi meningkatkan perkhidmatan SMS Suria FM, kod ringkas untuk Lagu Berduit telah ditukarkan ke 33080 dan bukan lagi 33511," ujarnya.

Tambahnya, sebaik sahaja mendengar ia diputarkan sepenuhnya di Suria FM, pendengar hanya perlu SMS dengan menaip, Suria LB hantar ke 33080. Talian SMS akan dibuka selama 20 minit sebaik sahaja Lagu Berduit diperdengarkan.

Selepas talian SMS ditutup, penyampai Suria FM akan menghubungi salah seorang pengirim SMS yang perlu menjawab pangilan dalam masa lima saat, sebelum memberikan judul lagu bagi Lagu Berduit yang baru diperdengarkan itu.

Zoom Comment: Apa Tunggu Lagi,Kalau stesen lain bagi paling banyak rm200 jer...ni sampai 75,000 huh kaya den... :P