STESEN radio popular, Suria FM membuat satu lagi pembaharuan dengan melancarkan kempen Lagu Berduit Suria FM. Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kempen tersebut bermula pada hari ini.
"Kempen ini bakal membuka peluang buat pendengar Suria FM membolot ganjaran hadiah wang tunai berjumlah RM75,000! Kempen tersebut 'diwangikan' oleh One Drop Perfumes yang membuka peluang buat semua pendengar Suria FM memenangi sebahagian daripada RM75,000."
"Setiap hari, satu lagu akan dipilih sebagai Lagu Berduit. Bagi meningkatkan perkhidmatan SMS Suria FM, kod ringkas untuk Lagu Berduit telah ditukarkan ke 33080 dan bukan lagi 33511," ujarnya.
Tambahnya, sebaik sahaja mendengar ia diputarkan sepenuhnya di Suria FM, pendengar hanya perlu SMS dengan menaip, Suria
Selepas talian SMS ditutup, penyampai Suria FM akan menghubungi salah seorang pengirim SMS yang perlu menjawab pangilan dalam masa lima saat, sebelum memberikan judul lagu bagi Lagu Berduit yang baru diperdengarkan itu.
Zoom Comment: Apa Tunggu Lagi,Kalau stesen lain bagi paling banyak rm200 jer...ni sampai 75,000 huh kaya den... :P