Bagus juga mereka yang terlibat dengan program realiti ni, di bawah ini temuramah wartawan dengan Ajai mengenai Program yang bakal mereka terbitkan nanti .
Program realiti TV yang bakal ke udara pada Jun ini bakal mencari komposer baru yang berbakat seiring dengan trend muzik semasa.
"KEYNOTE mempunyai misi mencari bakat-bakat muda dalam bidang penciptaan lagu dan sekaligus berkaliber menjadi seorang penerbit.
"Proses ini yang akan diperoleh oleh peserta-peserta yang terpilih untuk KEYNOTE dalam tempoh tiga bulan pembelajaran di akademi KEYNOTE," jelasnya.
Menurut Ajai bakat-bakat muda yang ingin dicungkil ini akan menjadi pelapis bagi industri muzik tanah air yang akan berkoleberasi dengan artis tanah air.
"Ini merupakan platform kepada mereka untuk menonjolkan bakat terpendam dan apa yang mereka pelajari di pusat pengajian tinggi.
"Kita beri mereka jalan kepada mereka untuk bekerjasama dengan artis, yang mana lagu-lagu yang dicipta setiap minggu itu akan di beri kepada artis-artis tanah air untuk dijadikan single dan dimuatkan di dalam album.
"Bukan mudah bagi seseorang walaupun sudah bergelar seorang komposer untuk menjadi penerbit lagu atau sesebuah album, tetapi inilah yang menjadi matlamat utama KEYNOTE kerana di akhir rancangannya kelak, ia akan melahirkan individu yang mempunyai ilmu, bakat dan mampu diketengahkan menjadi seorang penerbit lagu," ujar Ajai yang sudah lama merancang program ini.
Zoom: Semoga Berjaya !!