Disember 15, 2009

(Gossip)Remy Punca Suami larang Rita Berlakon !!!?


Heboh juga cerita Suami Rita di Aidil melarang isterinya berlakon drama 'Suraya', zoom pun ada terbaca cerita ini di satu laman web popular di Malaysia. Biasalah kadang-kadang ada "Press" nak kerja senang ambil je cerita dari laman web lepas tu masuk surat khabar atau majalah.Asal tangkap dan muat dalam slot mereka. Malas nak komen bab tu, Jum zoom statement Rita mengenai gossip liar terbaru yang melanda keluarga ini ...!!!



Baca Selanjutnya

“Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya.

“Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau... lagipun saya tiada babak dalam bilik air,” jawabnya lagi penuh dengan rasa terkilan.

Menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan.

“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah.

“Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak.

“Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya,” tegas Rita yang sudah mula berlakon sekarang.

Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.

“Saya baru sahaja lepas bersalin dan berpantang. Jadi saya bukan nak kurangkan lakonan.

“Sekarang pun saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod dengan Global Station Sdn Bhd iaitu Jangan Bunuh Matahariku.

“Drama ini akan disiarkan di RTM mulai Januari depan. Saya melakonkan watak perempuan buta,” ulasnya sebelum mengakhiri perbualan.

Watak Suraya dalam drama yang sepatutnya dipegang oleh Rita telah digantikan oleh pelakon Zizie Ezette. Selain itu, pelakon Fizo Omar turut berlakon dalam drama yang disiarkan di TV3 itu.

Zoom : Apa kata anda mengenai gossip ini ? Remy Playboy ke ? atau Remy suka kacau isteri orang..!! sama-sama kita tunggu dah lihat..Jum Komen !!?