Seksi ke ? bagi zoom adalah part yang seksi sebab kekadang gambar semasa jurugambar ambil menampakkan lurah asset utama wanita. Mungkin ada ketika Faezah terlupa pose yang beliau buat tidak di sengajakan..Apa pun jum kita zoom apa kata anak gadis orang yang di Label Seksi !!!
Baca Selanjutnya
Itu yang saya susah nak faham. Saya tidak pernah merasakan diri saya seorang yang sangat seksi. Mungkin penilaian orang berbeza, tetapi pakaian yang paling seksi pernah saya pakai di khalayak ialah baju bertali halus. Tidaklah sampai 'berkemban' seperti mana yang pernah orang cakap.
"Rasanya, saya bukannya seksi sangat pun. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak suka dress up dengan gaya tertentu semata-mata untuk buat orang kagum dengan diri saya.
"Tetapi biar apapun, saya tetap sedar mana yang nampak melampau atau tidak kerana sebagai manusia, saya juga ada harga diri," kata Faeza.
Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, dia bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu selagi hal tersebut tidak memuncak ke tahap yang boleh menjejaskan periuk nasinya di bidang ini.
"Saya selalunya akan buat 'bodoh' saja bila orang terus bercakap tentang hal itu. Tapi jika ada wartawan yang bertanyakan hal sebenar, saya akan jelaskan dengan baik. Lagipun, saya menganggap apa yang saya lalui ini adalah cabaran bergelar anak seni.
"Biarlah mereka ingin bercakap apa saja, asalkan ia tidak menutup peluang saya untuk terus berada dalam bidang ini," ujar pelakon yang mula dikenali menerusi filem Otai arahan Prof Madya A Razak Mohaideen kira-kira dua tahun lalu.
Zoom : apa kata anda di Zoomartis ?