April 02, 2010

Din Beramboi Meninggal dunia dan selamat dikebumikan

Al-Fatihah...Zoom baru tau selepas membaca akhbar online hari ini, semoga beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh..

Arwah Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.

Sudah pasti keluarga dan rakan karib serta teman seperjuangan berasa sedih dengan kepergian beliau..

Sebagai Umatnya marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah ..