Memaparkan catatan dengan label Anak Ziana Zain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Ziana Zain. Papar semua catatan

Januari 25, 2010

(Cerita Artis) Wajah terbaru Ziana Zain !!



Wah...Makin berisi akak Ziana kita ni, sudah lama Zoom tak "Post" mengenai ibu dan akak kepada Anuar Zain ni.Mungkin kerana sibuk dengan keluarga Ziana Zain semakin jarang di kaca TV.Yang selalu keluar adik dierr jee..maklum la anak dah berapa orang kan...si adik bila lagi..!? apa-apa pun mari kita baca cerita terbaru Akak Ziana Zain kita yang terkenal dengan Tag "Kening"..!!!



Baca Selanjutnya

Khabarnya penerbit Siti Rohayah Attan sedang mengintai pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain untuk turut sama berlakon teater "Muzikal Gamat" yang akan dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 22 Mac depan. Ziana akui berminat untuk berlakon teater yang pernah dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.

Namun wanita yang mula aktif dalam industri hiburan pada awal tahun ini setelah lebih setahun menyepi itu berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai teater yang berkisarkan tentang kehidupan laut itu. Alasan ibu kepada sepasang bayi kembar ini, dia perlu memastikan sama ada jadual kerjanya mampu menampung projek terbaru itu.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Dingin, Madah Berhelah, Anggapanmu dan Puncak Kasih ini, berlakon teater bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Ini kerana dia sudah bersetuju sejak tahun lalu untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor keempat yang dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.

“Saya tidak mahu menghampakan orang yang membayar saya dan semua tanggungjawab yang saya terima perlu dilakukan mengikut kehendak mereka. Dalam masa yang sama, saya mempunyai komitmen untuk menjaga kedua-dua bayi kembar pada waktu malam. Jadi, semua keputusan perlu difikir sebaik-baiknya,”
beritahu ibu kepada pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.

Dalam perkembangan lain, wanita yang baru menginjak usia 42 tahun itu berkata dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru. Dalam temubual menerusi telefon ini, isteri kepada Armin Zaharin ini juga seronok bercerita mengenai Kaseh dan Ariel saat ditanya mengenai rutin hariannya sejak kebelakangan ini.

Menurut Ziana, nama pasangan kembar itu dipilih oleh Armin menerusi buku. Lantas dia terus bersetuju dengan nama yang dipilih asalkan yang perempuan mempunyai dimulakan dengan nama Siti manakala yang lelaki dengan Muhammad.

“Saya tidak kekok untuk menjaga anak tetapi apabila mendapat dua orang bayi sekaligus, saya memerlukan seorang pembantu. Sekurang-kurangnya apabila seorang menjaga anak, seorang lagi boleh membuat kerja rumah. Memandangkan usia Kaseh dan Ariel sudah mencecah enam bulan dan masih dalam proses pra-matang, jadi agak sukar untuk saya membawa mereka keluar dari rumah. Walaupun begitu, mereka sudah boleh makan biskut dan Nestum,”
katanya lagi.

Sehingga kini, Ziana masih belum bersedia untuk mendedahkan pasangan kembar tidak seiras itu. Namun begitu Ziana sempat bercerita tentang wajah Ariel mempunyai iras-iras Aiman dan Ammar serta badannya lebih berisi. Sementara tubuh Kaseh lebih kurus dan panjang serta bermata besar dan mempunyai bulu mata yang lentik.

Oktober 28, 2009

(Gossip) Gambar Anak Ziana Zain, Dan nama anak !!!!?



Sorry Gambar tak ada lagi, pihak media pun susah nak dapatkan gambar anak akak ziana ini, macam nak lawan dengan erra fazirah jer..Anda perasaan tak sekarang ini kebanyakan 80 % artis suka menjauhi dan merahsiakan anak-anak mereka dari "Public".Mungkinkah ada strategi dari artis-artis itu...!!!? Fikir-fikirkanlah dah komen la apa-apa yang patut...OKlahh..Apa-apa pun layan la nama anak Ziana zain dengan baca kat bawah ni...!!!! Komen apa-apa yang patut



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2009: Selepas melahirkan sepasang kembar Julai lalu, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain, 41, nampaknya masih terus berdiam diri.

Adapihak beranggapan, tindakan Ziana itu umpama menyorokkan anakkembarnya daripada mendapat liputan pihak media. Walhal begitu ramaipeminat yang nyata sekali ingin melihat sepasang wajah comelmilik Ziana dan suaminya, Armin Zaharin.

Menafikan tindakanZiana itu sebagai lari daripada media, pengurus penyanyi berkenaan,Lisa Aryanti Tahir berharap supaya pihak media dan peminat dapatbersabar kerana Ziana tetap akan membuat kemunculan semula.

Lisa yang ditemui ketika majlis Ulang Tahun EH! 10 Yang Anggundi sini, Sabtu lalu berkata, Ziana dijangka akan membuat kemunculanpada Januari 2010 bersama sepasang kembarnya yang kini sudah memasukiusia lebih 3 bulan.

Di kesempatan itu juga, Lisa turut berkongsi nama pasangan kembar itu yang diberikan nama Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.

"Sayafaham terlalu ramai peminat dan pihak media yang mahu melawat Ziana.Bagaimanapun permintaan itu tidak dapat Ziana penuhi buat masa ini.Maklum sajalah bayi kembar itu masih kecil dan Ziana tidak bersediauntuk menerima pelawat," katanya.

Ariel dan Nour Kaseh telahselamat dilahirkan pada 23 Julai lalu. Meskipun masa kelahiran 3 minggulebih awal daripada jangkaan, namun kedua-dua bayi berkenaan beradadalam keadaan sihat dengan berat 2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (NourKaseh).

Lisa menambah, seperti juga kelahiran 2 bayinyayang terdahulu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar, Ziana kini sedangbersiap sedia untuk 'memasang badan' sebelum berhadapan dengan pihakmedia Januari nanti.

Jelasnya lagi, buat kesekian kalinya Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikanbadan Slim World dan jenama jam tangan antarabangsa Omega.

"Ya,buat masa sekarang Ziana sedang sibuk ulang alik daripada mendapatkanrawatan di Slim World dan mengamalkan pantang larang tradisional keranadia mahu mendapatkan berat badan asalnya iaitu 52 kg," katanya.

Lisaberkata, artisnya itu sama sekali tidak sabar menanti tibanya Januarinanti untuk berkongsi seberapa banyak pengalaman melahirkan bayikembarnya bersama pihak media kerana Ziana bercadang tidak mahumengandung lagi selepas ini.


Kredit : Murai