Mac 10, 2010
Ziana Menangis Cerita Pengalaman Bersalin Anak Kembar
Sedihnya Zoom baca cerita akak Ziana Zain kita ini bercerita mengenai saat genting melahirkan anak kembarnya, dan jawapan mengenai kisah dan gossip menyorok anak kembarnya.
"Tidak pernah terniat hendak sorokkan anak-anak kembar saya," jelas Ziana membuka bicara tentang kisah di sebalik cerita dia ingin menyorokkan anak-anaknya dari pihak media.
Jelas Ziana, dia mempunyai sebab kenapa dia ingin menyendiri sewaktu melalui fasa yang sukar itu.
"Selepas bersalin saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang teruk.
“Sebenarnya saya mengalami masalah tekanan darah tinggi itu seminggu sebelum melahirkan anak sehingga bacaan darah tingginya mencecah 200 di sebelah atas.
"Selepas bersalin, doktor juga menasihatkan supaya saya berehat sekurang-kurangnya enam bulan," ujar Ziana, 42.
Semasa berkongsi cerita mengenai pengalaman 'nyawa di hujung tanduk' ketika bersalin anak kembar, Ziana tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.
"Saya bersyukur sangat... Allah telah panjangkan umur saya. Sepanjang proses bersalin, saya masih sedar. Tapi selepas sahaja kedua-dua bayi saya keluar, saya sudah tidak tahu apa yang terjadi.
"Saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi selama lima hari. Sepanjang berada di wad itu, saya telah dimasukkan 10 paket darah.
"Menurut doktor, saya telah mengalami tumpah darah yang begitu banyak hingga berada di dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang tipis untuk hidup," katanya ketika majlis memperkenalkan Duta SlimWorld 2010.
Zoom: huh dasyat nya jika melahirkan anak kembar...ingatlah wahai anak-anak adam bahawa sebegini jugalah ibu anda melahirkan anda semua...Apa kata anda ?