Mac 10, 2010

Zizan Nin Akhirnya Ditunangkan Dengan Fazilah Hani


Taniah diucapkan! Zizan Nin akhirnya selamat bertunangan kelmarin (7/3) dengan pilihan hatinya,Seorang gadis bertudung dan bertugas sebagai penyampai di NTV7, Fazilah Hani Harun, Cantik orangnya, tinggi lampai dan sepadan sangat dengan Zizan.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Sekarang sudah sampai jodoh dan Zizan akan bernikah dalam suasana sederhana. Majlis pernikahannya juga secara sederhana saja sebab Zizan dan bakal isterinya suka kepada kesederhanaan, tak perlu canang keliling negeri, minta sponsor sana sini. Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin.