Fahrin Ahmad, 31, pelakon kacak, tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan jamuan Online Satay Party di Serai Satay Bar, Pavillion kepada peminat yang mendaftar di bawah akaun FB miliknya pada Jumaat lalu.
Restoran milik Rina Abdullah itu menjadi lokasi untuk Fahrin meraikan 20 peminat bertuah yang dipilih berdasarkan ketepatan mereka menjawab soalan yang disediakan. Ditanya mengapa jumlah peminat yang terpilih hanyalah seramai 30 orang, Fahrin berkata faktor lokasi membuatkan dia terpaksa mengehadkan jumlah peminatnya.
Dia adalah antara artis yang aktif berinteraksi dengan peminatnya di Fanclub FB miliknya dan sehingga kini jumlah peminat yang berjaya dikumpulkan menerusi laman web sosial itu berjumlah 140,000 orang.
Beberapa peminat Fahrin yang dipilih untuk menyertai jamuan tersebut turut melahirkan rasa terharu mereka kerana terpilih untuk beramah mesra dan mengenali aktor ini dengan lebih rapat lagi.
Julian Mukhriz, 25, antara peminat yang berpeluang bertemu artis pujaannya itu membolehkan dia mengenali dengan lebih dekat pelakon tersebut. Biar apa pun kontroversi yang berlaku, Dia sentiasa berpihak kepada Fahrin.
"Saya tidak penah percaya dengan gosip-gosip tentang Fahrin, jika benar sekalipun saya tidak ambil peduli. Apa yang saya tahu di mata saya Fahrin seorang yang baik. Saya rasa untuk elak pelbagai kontroversi lagi, saya nasihatkan dia kahwin cepat-cepat," ujarnya yang selalu mengikuti perkembangan semasa Fahrin.