Mac 10, 2010

Kemenangan Kumpulan Kecik Tidak Disangka

Kumpulan Kecik telah berjaya bergelar Raja Lawak musim keempat (RL4) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini adalah di luar jangkaan pihak juri dan juga audien. Kumpulan Kecik yang diwakili Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19 dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, yang berasal dari Sabah kelihatan tergamam apabila diumumkan sebagai Juara RL4.

Kumpulan Kecik yang menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebanyak 49.5 peratus berjaya membawa pulang sebuah kereta Naza Sorento, wang tunai bernilai RM14,000, set karaoke Arezzo Hoffman, barangan elektrik jenama Haier, jam tangan jenama Hugo Boss dan trofi sumbangan Astro. Pada masa yang sama, Bob Lokman dan Afdlin Shauki mengakui terkejut dengan keputusan akhir RL4 yang telah menobatkan Kumpulan Kecik sebagai juara kerana mereka menjangkakan Alex yang bakal mendapat gelaran tersebut.