Oktober 02, 2011

Sinopsis Filem Papa I Love You | Trailer Papa I Love You



Semalam ZoOm dan family menonton wayang Bini-bini ku Gangster di salah satu pawagam sekitar  Subang Jaya. Lawak memang lawak sebab tak sangka tempat yang selalu ZoOm pergi rupa-rupanya dah ada pawagam dekat tingkat atas. Tetapi semuanya serba sederhana, maksud ZoOm orang dia sederhana tidak macam pawagam lain nak beli tiket pun payah apatahlagi di malam minggu.

Ditambah pula dengan tiket macam resit bayaran beli barang, bagi ZoOm biar nipis tetapi sempoi dan tidak merimaskan semua orang. Jika sebelum ini anda membeli PopCorn didalam kotak di pawagam tersebut hanya dibungkus sama dengan apa yang ada di McD jika anda "Take Away".

Ops....terlebih sudah (Stacy)..nak dijadikan cerita malam semalam penonton tidaklah seramai pawagam lain, dalam tu penuh dengan pasangan masing-masing.

Cerita tentang filem bini-bini yang garang ni, ZoOm setuju dengan pendapat wartawan dalam surat khabar baru-baru ini, watak utama adalah penyelamat filem ini. 

Jika anda sudah menonton filem tersebut, apa kata anda ?

1. Adakah akan menimbulkan konterversi ? - sebab mengaitkan persatuan itu lagi ?
2. Watak pelakon pembantu tidak menjadi ?
3. Dan lain2.

Apa-apa pun mari kita layan sinopsis filem Papa I Love You, dan untuk makluman anda pelakon utama filem ini adalah si "Mat Sajak" watak jejaka malang dalam filem bini2ku Gangster.

Sinopsis:

Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.


Info mengenai filem ini :

Pengarah
 
Lakonan:
:
Elly (Pelakon Utama)
:
Mia Sara (Pelakon Utama)
:
Baha (Pelakon Utama)
:
Datuk Kudin (Pelakon Pembantu)
:
Bos (Pelakon Pembantu)
:
Tuan Rumah (Pelakon Pembantu)
:
Penarik Kereta (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!