Sinopsis:
Kisah bermula dengan Pak Umar yang
pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk
cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol
mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar
mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh,
bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang
sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan
jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah
baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar
namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar
bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada
mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka
sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah
dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode
di dada kiri Fakhrul dan Kudin.
Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul
dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila
toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan
Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut
untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah
yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui
rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan
menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan
polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam
dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang
dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin
berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali.
Toyol dengan
wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol
telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik
permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin
terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa
yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol
tersebut.
TRAILER :
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
