Mac 10, 2010

(Cerita Artis) Mas Idayu Belum Temu Bakat Seperti Black

Mas Idayu, penyanyi yang terkenal ini yang berjaya mendidik dan mengilap bakat protogenya, Black, pada Mentor musim lalu amat membanggakan apabila Black bukan sahaja menjuarai program tersebut malah memenangi vokal terbaik pada Anugerah Juala Lagu yang berlangsung baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, dia juga sekali lagi terpilih sebagai barisan baru program realiti tv Mentor untuk musim ke-4 bersama-sama Ziana Zain, Mus May, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan Azmeer. Walaubagaimanapun, kejayaan Black telah menjadi penanda aras kepada mentornya ini untuk mencari protoge yang benar-benar sesuai dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, dia tidak memilih protoge dari segi rupa paras, nyanyian atau jantina tetapi kredibiliti. Ketika ditanya tentang sifatnya yang garang membuatkan calon-calon gugup apabila berhadapan dengannya, Mas Idayu berkata dia akan memberi masa kepada calon agar menenangkan diri terlebih dahulu sebelum menyanyi.