Hangat Juga Gossip ini, kesian pasangan ini satu persatu gossip yang keluar mengaitkan suami (Zul) berkahwin dengan wanita lain. di bawah ni zoom "Post" untuk tatapan anda komen suami isteri mengenai konterversi dan gossip yang ingin memisahkan mereka..!!! Baca dan komen apa yang anda ingin "Share" mengenai pasangan ini !!!
Baca Selanjutnya
JUJUR pasangan ini, hati siapa tidak terguris dek kontroversi yang melanda keluarga mereka. Malah, bahtera yang dibina kira-kira 12 tahun lalu juga hampir musnah semata-mata gosip liar berkenaan.
Bukan sekali dua cerita mengatakan si suami bertindak curang dengan menikahi wanita lain terpalit dalam hidup mereka. Namun bagi Zulkefli Majid (Zul) dan isteri, Ismaliza Ismail (Isma), mereka perlu sabar menangani kerenah ‘industri’ ini.
Paling terasa, selepas Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) melabuhkan tirainya, cerita berkenaan kembali melingkari kehidupan ibu dan ayah kepada lima anak ini. Tambah memilukan, Zul dikatakan pula berkahwin dengan gadis yang juga anak kepada ketua pertubuhan dakwah.
Jelas Zul, semua itu hanya khabar angin semata-mata. Malah setiap cerita yang dilemparkan kepadanya dan keluarga tidak berasas sama sekali.
“Sebaik Isma menamatkan pertandingan AF7, saya diaibkan dengan cerita kononnya saya berkahwin lain. Lebih menarik, wanita berkenaan adalah anak sulung kepada seseorang yang rapat dengan saya.
“Bagaimanapun cerita itu tidak benar. Saya tidak tahu dari mana mereka peroleh cerita begini. Lagipun gadis berkenaan baru berusia 13 tahun. Takkan pula saya mahu berkahwin dengan gadis yang belum cukup umur?
“Ada juga yang berkata berita itu disampaikan sendiri oleh ‘isteri muda’ saya. Bagi saya ia langsung tidak masuk akal. Malah ayah kepada gadis berkenaan juga tergelak besar bila saya menyampaikan cerita ini kepadanya,” katanya.
Tambah Zul, sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan seorang artis, malah cerita mengenai perkahwinannya dengan artis berkenaan juga tersebar luas satu ketika dulu.
“Perkara ini berlaku sebelum Isma menyertai AF7 lagi. Malah ada juga yang berkata saya mengabaikan dua anak hasil perkahwinan pertama dulu (sebelum Isma).
“Namun ingin saya jelaskan isu mengenai berkahwin lain tidak pernah wujud dan berita mengatakan saya mengabaikan dua anak itu juga tidak benar.
“Lagipun saya dan bekas isteri tiada anak. Jadi isu mengabaikan tanggungjawab itu juga tidak wujud sama sekali,” katanya.
Menurut Isma pula, selaku wanita dia turut terasa hati dengan segala tohmahan berkenaan. Namun, dia sedar itulah pengorbanan yang perlu dilakukannya apabila mengahwini seorang anak seni.
“Walaupun Abang Zul tidak lagi aktif menyanyi, kerjayanya sebagai Pengurus A&R Suria Records Sdn Bhd dan komposer masih membabitkan bidang seni.
“Jadi segala cerita yang wujud mungkin kontroversi yang sengaja dicipta sesetengah pihak. Bagaimanapun selaku isteri, saya perlu percaya suami dan menolak ke tepi segala gosip berkenaan melainkan ada bukti kukuh.
“Jika saya percaya bulat-bulat cakap orang, pasti rumah tangga kami sudah lama berakhir,” katanya.
Tambah Isma, gosip membabitkan rumah tangga mereka juga sudah lama terhapus. Namun sebaik saja AF7 tamat berita berkenaan sekali lagi dijaja.
“Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Namun saya faham ini semua perkara yang perlu saya telan. Mungkin ada pihak iri hati kepada Abang Zul atau saya sehingga membuat cerita seperti ini.
“Mungkin juga ada pihak mahu melihat kebahagiaan yang kami bina hampir 12 tahun musnah. Entahlah. Selepas ini saya berharap tiada lagi gosip yang mengaibkan kami sekeluarga,” katanya.
Tumpuan mereka hari ini lebih kepada keluarga dan kerjaya. Selepas kejayaan Isma menerusi program realiti TV berkenaan, akhirnya cita-cita Zul untuk kembali menyanyi selepas kumpulan 2 By 2 berkubur tidak lama dulu tercapai jua.
“Alhamdulillah, semua menjadi nyata apabila Isma bergelar finalis AF7 dan saya berpeluang menyanyikan lagu duet Kau Mawarku bersamanya.
“Sejak itu saya semakin bersemangat mahu kembali menyanyi. Bagaimanapun cukup sekadar berkolaborasi menyanyikan lagu duet bersama isteri,” katanya.
Pasangan suami isteri ini terpilih menyertai Sehati Berdansa. Namun seperti peserta lain mereka juga tidak meletakkan harapan tinggi.
Bagi Isma, cukup sekadar memeriahkan pentas seni sambil melakukan kerja amal untuk masyarakat.
“Saya dan Abang Zul tidak pernah menari. Malah asas tarian juga tidak kuat untuk kami mengungguli pertandingan ini. Namun hajat kami hanya untuk beramal.
“Lagipun kami mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia. Secara tidak langsung kami dapat memberi pendedahan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil mengalami masalah sumbing bahawa ia dapat diselesaikan menerusi persatuan ini,” katanya.
Info: Hmetro