Memaparkan catatan dengan label Yasmin Ahmad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yasmin Ahmad. Papar semua catatan

Disember 10, 2009

(Filem)Sinopsis Filem Muallaf Arahan Arwah Yasmin Ahmad


Pengarah : Yasmin Ahmad
Lakonan : Sharifah Ahmani, Sharifah Aleysha, Brian Yap,
Mei Ling, Dato’ Haji Rahim Razali, Ning Baizura
Bahasa : BAhasa Inggeris
Tarikh Tayangan : 24 Disember 2009



Sinopsis:

Dua beradik, Rohana berusia 21 tahun dan Rohani berusia 19 tahun sedang cuba melarikan diri daripada bapa mereka yang kaya tetapi selalu mendera mereka berdua.

Dalam cubaan melarikan diri dan mencari tempat untuk berteduh dunia mereka bertembung dengan seorang jejaka bernama Robert Ng, yang merupakan seorang guru berusia 30 tahun.

Robert terlampau tertarik dengan kedua-dua adik beradik tersebut bukan hanya kerana dilemma yang mereka lalui tetapi keupayaan mereka berdua berfalsafah secara rambang mengenai apa sahaja.

Dalam mencari ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup, mereka menemui sesuatu dalam diri masing dan bagaimana cinta memberi peluang untuk memaafkan seseorang dan paling utama menerima keadaan seadanya dan redha.

Babak-babak Filem Muallaf



Baca Selanjutnya








September 28, 2009

(Celebrity News) Banglo Arwah Yasmin Ahmad Terbengkalai !!!



Inilah rumah arwah Yasmin Ahmad di kedah yang sedang atau tergendala sementara dengan ketiadaan seorang insan seni yang berhati mulia.Menurut maklumat banglo ini akan dihadiahkan kepada ibu tersayang namun belum sempat hajat dihati yang maha kuasa sudah memanggilnya.Dengan Nama Banglo "Orang2 Kampung", disebalik nama yang Arwah berikan mungkin ada maksud yang tersirat sesuai dengan jiwa arwah yang berjiwa seni.Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat yang tak terhingga...!!

Julai 27, 2009

(TERBARU)Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan


Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum Zohor tadi. Sekali lagi kami nak ucapkan takziah kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai arwah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca-pembaca semua untuk berhenti mempersoalkan jantina Yasmin Ahmad. Sama ada Yasmin Ahmad lelaki, perempuan atau khunsa, itu hanya Dia yang tahu.

Selok-eloknya janganlah mengutuk atau mencaci orang yang telah pergi. Sama ada iklan ataupun filem arahan Yasmin Ahmad tidak menepati kehendak agama, itu tak bermakna kita ada hak untuk mencerca beliau. Tambah-tambah lagi Yasmin Ahmad sudah pun meninggal dunia. Sebaik-baiknya biarlah puji-pujian sahaja yang diberikan kepada beliau.

Kalau Michael Jackson yang tak kita tak pasti agamanya Islam atau pun tidak boleh kita puji dan sanjung, inikan pulak sememangnya seorang saudara kita dalam agama Islam. Kami pun bukanlah baik sangat. Cuma seeloknya dalam keadaan sedih begini, janganlah menambahkan lagi kekusutan dan kesedihan kaum keluarga Yasmin Ahmad.

Marilah bersama-sama kita sebagai saudara semuslim mensedekah Al-Fatihah kepada arwah Yasmin Ahmad.

Julai 26, 2009

(Hot News) Mari Kita Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Yasmin Ahmad!!!


Berita yang kami terima pagi ini amat menyedih’kan, pengarah yang pernah muncul dengan filem Sepet telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Beliau koman 3 hari selepas di’serang strok tempoh hari, dan sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.

Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, blog YasminTheStoryTeller mungkin akan sunyi selama’nya. Sekali lagi, sampai’kan Al-Fatihah kepada’nya.

BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER


Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH

* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN

1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75

2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur

2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)

2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo

2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands

2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta

2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN

Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT


Keluarga; Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura

2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi

2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali

2005 Sepet, Festival Filem San Francisco

2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona

2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57

2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia

2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)

2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece

2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

Julai 24, 2009

(Hot News) Yasmin kini dilaporkan berada di ICU dalam keadaan koma.!!!!


PETALING JAYA: Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr.Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalamiserangan strok.

"Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapatpendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untukmengurangkan bengkak di dalam otaknya," kata Dr Zakaria Zahriyang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebihsejam bermula dari pukul 6 petang tadi.

Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang kurang sihatketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari inimenjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital PakarDamansara dan keadaannya kini stabil.

Datuk Dr Zakaria yang juga adik ipar Yasmin berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

"Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanandarah... tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapibeliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar,"katanya.

Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersamasuaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersamaYasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadusakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan.

Menurut Dr Zakaria, beberapa jam seterusnya amat kritikal bagiYasmin yang sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospitaltersebut.



Sama-samalah kita berdoa semoga beliau sedar dan sihat walafiat..Berita Terkini akan Zoom MAklumkan esok...