Julai 24, 2009

(Hot News) Yasmin kini dilaporkan berada di ICU dalam keadaan koma.!!!!


PETALING JAYA: Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr.Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalamiserangan strok.

"Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapatpendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untukmengurangkan bengkak di dalam otaknya," kata Dr Zakaria Zahriyang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebihsejam bermula dari pukul 6 petang tadi.

Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang kurang sihatketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari inimenjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital PakarDamansara dan keadaannya kini stabil.

Datuk Dr Zakaria yang juga adik ipar Yasmin berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

"Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanandarah... tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapibeliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar,"katanya.

Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersamasuaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersamaYasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadusakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan.

Menurut Dr Zakaria, beberapa jam seterusnya amat kritikal bagiYasmin yang sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospitaltersebut.



Sama-samalah kita berdoa semoga beliau sedar dan sihat walafiat..Berita Terkini akan Zoom MAklumkan esok...