Julai 24, 2009

(Gossip) Wanita Mangsa The Fabulous Cats !!!!


SELEPAS berdiam diri, Hana, Alyah dan Ellie kini muncul meluahkan apa yang dipendamkan mereka selama ini tentang krisis dalaman The Fabulous Cats.

Seperti biasa, sepanjang pertukaran ahlinya, selaku ketua kumpulan TFC yang juga bekas ahli kumpulan Ruffedge suatu ketika dahulu, Cat, memberi kenyataan bahawa ahli yang meninggalkan kumpulan itu tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama TFC kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.

Namun, setelah DJ Sumo juga meninggalkan TFC, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam kumpulan itu.

Lalu, tiga gadis yang pernah menempa nama melalui TFC yang boleh dikatakan serpihan daripada kumpulan itu iaitu Ellie, Alyah dan Hana, dipertemukan dalam sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini.

Mengejutkan, ketiga-tiga gadis jelita ini akhirnya membuka pekung TFC yang selama ini berdiam diri mengenai punca pengunduran mereka dalam kumpulan tersebut.

Zoom Comment: APa NAk Jadi Dengan Fabulous Ni,Tengok Kat Mana award media cetak dan electronic mmg superb dikalangan kumpulan muzik Tanah Air..Namun jangan disangkakan air yang tenang tiada BUAYA..:P berfalsafah sikit...Yang terbaru Zoom Dengar Zizie dah jadi Pengganti kepada ketiga2 Awek Cun ni..Kalau U alls baca Luahan ketiga2 ex GroupTFC ni Memang terkejut..Ada yang tak dibayar gaji,Ada pulak yang dibuat macam tunggul..ada lagie tanpa reason dah ada pengganti...Pelik Tapi Benar..Malas Nak Comment Banyak2m korang je la Comment..