Jun 18, 2009
(Gossip) Apek nafi berstatus duda !!
Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat.
Saya masih suami orang dan tidak pernah bercerai atau berkahwin lain. Kehidupan saya dengan anak-isteri berlangsung seperti biasa dan tidak pernah ada masalah seperti mana yang digembar-gemburkan,� tegas Saiful Apek apabila diajukan persoalan tentang status sebenarnya dirinya yang didakwa kononnya telah hidup menduda setelah berpisah dengan isterinya.
Menurut pelakon komedi itu lagi, gosip mengenai rumah tangganya itu telah menjadi bahan percakap sejak setahun yang lalu. Walaupun sudah beberapa kali penjelasan yang dibuat, namun cerita tidak benar itu masih lagi disebarkan. Mungkin sebab saya ni jarang menampilkan anak-isteri di media, orang mudah membuat spekulasi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja saya yang berkejar- ke sana-sini dan kadangkala tidak sempat pulang ke rumah.
Hakikatnya, dua bulan lepas di mana ketika itu saya benar benar ada sedikit kelapangan, saya telah membawa anak isteri bercuti di Bali. Kami menghabiskan masa beberapa hari di sana. Yang itu, orang tak nak pula bercerita.. Biarpun begitu, saya tak kisah kerana apapun cakap-cakap orang di luar sana, kehidupan kami tetap berjalan seperti biasa,katanya yang kini sedang sibuk menguruskan laman webnya, www.saifulapek.com.my khas buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini tentang dirinya.
Apek yang sentiasa tenang dan bersahaja dalam menjawab soalan yang diajukan ini mengharapkan agar peminatnya di luar sana tidak mudah percaya dengan cerita tidak benar yang disiarkan tentang rumahtangganya itu. Kalau betul saya bercerai, pejabat agama dah tahu dululah. Benda macam ni mana boleh di sorok-sorok. Bab-bab kahwin cerai ni jangan dibuat main, katanya dalam nada yang tegas.
Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shhhh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Di acah dengan persoalan apakah dia juga berhasrat untuk berpoligami dalam kehidupan realitinya, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan sikap merendah dirinya ini hanya ketawa besar.
Setakat ini, saya tak pernah terfikir nak berpoligami. Tak sanggup tak sanggup Cukuplah saya berpoligami dalam filem saja. Satu isteri pun dah pening nak uruskan, apatah lagi kalau ada dua-tiga, ujarnya berseloroh.