Memaparkan catatan dengan label Duda Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duda Malaysia. Papar semua catatan

Januari 29, 2010

(Cerita Artis) Imuda bakal berkahwin pada Bulan Februari


Alhamdulillah, setelah 6 tahun menduda akhirnya abang Imuda kita ini bertemu jodoh semula, kesunyian pelakon dan pelukis ini akan menamatkan zaman Dudanya dengan seorang gadis dari Pulau Pinang bulan depan.

Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.Mari kita baca "Statement" abang Imuda kita mengenai bakal isteri dan persiapan perkahwinannya nanti..




Baca Selanjutnya


"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin,"
kata Imuda.


"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya,
" kata Imuda lagi.

Berita baik ini turut di kongsi baik oleh dua orang anaknya, Raihana 15 tahun dan Mohd Redza 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Zoom: apa kata anda mengenai Imuda kita ni!!!?

Disember 12, 2009

(Gossip) Beego Belum Ada pengganti !!!


Hari-hari sedih bagi Beego berlalu dengan sepi tanpa seseorang teman bicara, namun anak seni ini tetap gagah menempuh segala dugaan yang mendatang. Tanpa mempedulikan anasir-anasir yang cemburu dengan apa yang dikecapinya sebagai anak seni, beliau tanpa menoleh kebelakang meneruskan hasrat dan cita-cita sebagai seorang anak seni.

Semakin lama zoom membaca dan menulis kisah seni Artis Malaysia semakin banyak yang diketahui dan zoom dapat membezakan apa baik dan sebaliknya.Kadang-kadang zoom pening juga dengan artis kita sekarang ni.Dikaca TV punyalah baik,sopan,ayu dsbg tetapi di luar sana hanya Tuhan je yang tau.!! Apa-apa pun jum zoom temu bual Wartawan mengenai Status "Duda" Beego ni..!!



Baca Selanjutnya


Itulah yang saya malas nak jawab. Saya sebenarnya sudah bosan asyik disoal dengan soalan yang sama bila nak kahwin atau sudah ada kekasih ke? Kalau boleh tahun 2010 orang kenal saya kerana kerjaya bukannya kisah peribadi yang tidak pernah habis.


Nampaknya begitulah. Buat masa ini saya mahu fokus pada kerjaya sahaja. Saya tidak mahu berbohong atau menafikan sebagai manusia biasa saya pun mahu seorang teman tetapi saya rasa sekarang ini, semua wanita takut hendak dekat dengan saya.


kisah saya terlalu diberi perhatian media. Mungkin ada yang cop saya kaki perempuanlah dan bermacam-macam lagi yang buruk. Bagi wanita di luar sana, saya ini lelaki yang penuh dengan kontroversi dan pernah mempunyai sejarah silam yang satu Malaysia tahu. Sudah tentu mereka takut nak dekat. Kalau saya suka seseorang pun belum tentu dia mahukan saya.

Zoom : kesian kat beego ni, cari la seseorang yang boleh mengubat hati yang lara tu.Semalam zoom baru tengok cerita Beego bercakap dengan Kambing ( Tam ) lucu tapi membawa seribu makna kepada penoonton drama tersebut.Apa kata anda mengenai "Statement" Begoo ni ?

November 05, 2009

(Cerita Artis) Jamal Abdillah Jual Ikan !!!


Selalunya zoom dengar artis buka restoran, pusat karoke, Butik, tapi lain pula bagi abang Jamal kita ni.. Jual Ikan la pulak..!!



Baca Selanjutnya

Jangan salah sangka tau, abang Jamal kita ni bukan jual ikan dekat pasar malam tapi berniaga ikan Arowana yang mahal tue, menurut abang Jamal perniagaan ikan Arowana diusahakan bersama (BMA) Bukit Merah Acuaculture.
Hari tu zoom ada menonton berita BMA ni huh, memang maju dan SUperb..!! tahniah kepada Abang Jamal kerana bertindak segera untuk masa depan yang cerah..!! APa komen Anda !!/

Oktober 13, 2009

(Gossip) Radhi OAG Sedih Tak Dapat Hak Jaga ANak !!!


Kesian Kat artis Seorang ni, mesti dia rindu kat anak dia sebab tak dapat hak pengajaan anak..menurut cerita kat Majalan MEDIA pengajaan anak diberi kepada Bekas isteri Radhi yang di Talak satu,,Apa KOmen anda !?



Baca Selanjutnya

September 01, 2009

(Gambar) Manja Nyer Memey Dengan Norman Di Majalah Media !!




APa Komen Anda bila melihat Possing Baju raya Norman Dan Memey ni ?

1- Sepadan
2- Tak Sepadan
3 - Menyampah
4- no KOmen

?????

Ogos 05, 2009

(Celebrity News) Ajai, Liza nikah 15 Ogos


enyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.

Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.

Selamat Pengantin Baru Bro Semoga Berbahagia hingga ke akhir Hayat...Semoga selepas ini gossip mengenai anda berkurangan :)

Julai 14, 2009

(Gossip) Memey Cintakan Norman ? Nak Kahwin ?


Memey secara jujur turut memberitahu tiada orang lain dalam hidupnya sebaliknya seorang duda bernama Norman.

Walaupun ada keserasian di antara mereka tetapi untuk membuat keputusan berkahwin bukannya mudah.

Malah Memey juga tidak mahu terburu-buru sama ada untuk berkahwin ataupun bertunang terlebih dahulu. Bukan apa, buat masa ini mereka dalam proses untuk mengenali hati budi selain memikirkan soal berumah tangga.

Kata Memey, kahwin mungkin mudah tapi tanggungjawab yang bakal dia pikul sebenarnya tidak semudah yang difikirkan.

“Tanggungjawab sebagai isteri agak berat. Kalau ada jodoh saya dengan Norman, anak-anaknya juga perlu menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Dalam masa yang sama juga saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada suami dan rumah tangga sedangkan ketika ini saya mahu serius dalam bidang seni.

“Tetapi saya mengaku buat masa ini saya lebih selesa untuk keluar dengan Norman kerana dia bukan lagi suami orang,” katanya.


Zoom Comment: Alahai Memey,Kahwin Je la terus Dik...Nak Tunggu Apa Lagi..Dah Satu Malaysia Tahu..Kalau dah Kahwin Hilang Dah gossip2 tue..Kalau Berkepit kiri kanan lagi la rancak Blogger @ web @ Media2 ni :P Betul Tak U alls :P

Jun 24, 2009

(Celebrity News)Dang Suria Dan Ad Samad Nikah Jun Ini


Tahniah kami ucapkan buat Dang Suria dan Ad Samad. Dulu kami pernah paparkan gambar diorang berdua bercuti bersama. Kini kami nak ucapkan tahniah sebab khabarnya dah nak bernikah akhir Jun ini.

Dang Suria nie adalah seorang ibu tunggal manakala Ad Samad nie kalau tak silap pun duda rasanya. Kalau salah tolong betulkan ye. Apa-apa pun tahniah. Tahun 2009 memang tahun selebriti Malaysia berkahwin dan beranak nampaknya.

(GOSIP)Umie Aida Dirisik Dato’ Duda Anak 2


Antara pelakon wanita Malaysia termantap di pandangan kami, Umie Aida dikhabarkan bakal menamatkan zaman daranya dengan seorang Dato’ berstatus duda anak 2. Dengar ceritanya Dato’ nie dah 15 tahun menduda.

Erma Fatima, kakak Umie Aida mengesahkan yang memang betul ada Dato’ datang merisik adiknya baru-baru ini. Tapi majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Maklumlah merisik jer bukannya bertunang ataupun menikah.

Apa-apapun tahniah buat Umie Aida. Dah lama rasanya dia single. Elok benarlah kalau betul dirisik. Sudah tiba masanya untuk Umie Aida bergelar isteri. Duda pun dudalah. Yang penting kawin jugak akhirnya. Tak gitu?

Info: Blara

Jun 17, 2009

(Gossip) Ajai Mahu Kahwini Liza Ogos Ini ?


Sesudah sekian lama menduda, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.

Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.

Ajai meluahkan pengakuan itu kepada murai.com.my ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.

"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.

Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.

"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.

"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi.

Sementara itu Ajai yang menjadi mentor kepada abang Stacy, Chaq dalam program Mentor turut melahirkan rasa gembira apabila protegenya itu berjaya melangkah ke semi-final dalam program realiti hiburan tersebut.

"Banyak benda yang saya fikirkan untuk Chaq. Pengalaman menerbitkan album beberapa artis tempatan sebelum ini banyak membantu saya untuk membentuk Chaq sebagai seorang protege. Tapi ia tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh orang-orang di kiri dan kanan saya. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memikirkan apa yang terbaik untuk Chaq dari sudut imej dan personaliti.

"Pihak TV3 sudah bagi wang sebanyak RM8,000 setiap minggu kepada mentor untuk memastikan kita melahirkan yang terbaik untuk protege kita. Jadi pandai-pandai kitalah memanfaatkan wang tersebut," katanya.

Ajai juga tidak menafikan bahawa sejurus selepas program Mentor berakhir, dia akan mengambil Chaq sebagai artis naungan di bawah produksi labelnya, Wake The Baby.