Januari 07, 2012

Konsert Datuk Ahmad Nawab Di Seluruh Negara

GEORGETOWN 7 Jan. – Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab akan mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi memberi peluang kepada peminat menyaksikan persembahannya bersama artis-artis yang mencipta nama menerusi lagu-lagu ciptaannya.

Konsert Seniman Negara itu akan bermula Februari ini di Melaka dan kemudiannya ke Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Singapura.

"Saya berharap sangat agar konsert ini juga dapat diadakan Pulau Pinang iaitu tempat kelahiran saya. Saya akan cuba berbincang dengan pihak penganjur kalau kita boleh bawa konsert ini di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan teh bersama seniman negara anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di sini semalam.

Ahmad berkata, antara artis terkenal dalam siri jelajah itu ialah Datuk Khatijah Ibrahim dan Jamal Abdillah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, buku biografinya ”Legasi Ahmad Nawab” dalam Bahasa Inggeris dijangka diterbitkan dua bulan lagi, manakala versi Bahasa Melayu dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jun tahun lepas.

Buku itu mengisahkan perjalanan karier dan hidup beliau sejak kecil sehingga berjaya menempa nama di persada seni tanah air. – BERNAMA

ZoOM : Dah Lama Tak "Post" mengenai seniman Datuk Ahmad Nawab kita ni, setelah sekian lama berkecimpung beliau masih meneruskan kudrat sebagai seorang penghibur. Jika anda berada berdekatan datanglah menyaksikan kehebatan orang lama kita ni.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!