Jun 14, 2009

(Gossip) Marsha Sedang Bercinta Dengan Hans ??


MEMANG selepas putus cinta dengan Kefli, Marsha laku macam pisang goreng panas. Yelah, siapa yang tak nak berpacaran dengan gadis secantik dia. Baru-baru ini, Marsha sempat digosipkan menjalin hubungan dengan pemain drum Estranged, Andy.

Bagaimanapun mereka berdua menafikan hubungan intim itu. Dan Marsha pun kata dia solo sekarang. Tapi baru-baru ada orang beritahu Diva, Marsha sebenarnya bukan ada hubungan dengan Andy, tapi aktor kacak, Hans Isaac. Hal ini disahkan sendiri oleh teman baik Marsha.

Menurut teman Marsha, bekas peserta AF ini baru sahaja menjalin hubungan mesra dengan Hans, dan kini nampaknya mereka macam orang bercinta.

Oh yeke? Kalau betul, apa salahnya sebab dua-dua pun solo dan kali ini mungkin tak akan ada tentangan dari segi kepercayaan agama.