Mei 31, 2009
(weeding) Johan Raja Lawak Kahwin Jun ???
Menurut sumber CAK, peserta rancangan realiti Raja Lawak musim pertama itu yang sinonim jika berganding dengan rakannya, Zizan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon jelita, Ozlyn Wati, pada Jun ini.
Tarikhnya tak dapat CAK beritahu kerana belum dapat jemputan lagi. Lagipun perkara ini belum dihebahkan, mungkin mereka berdua mahu buat kejutan kepada orang media macam CAK. Apa tidaknya, angin tak ada guruh tak ada, tup tup mahu kahwin.
Seronok pula apabila CAK mendengar khabar sebegini memandangkan sebelum ini Johan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah, jadi dengan melangkah ke alam perkahwinan CAK harapkan Johan lebih matang.
Maklumlah, pergerakan Johan pasti lebih terjaga di samping isteri tercinta. Bukan apa, sayang kalau bakat jenaka Johan dilupakan orang hanya kerana sikapnya yang kadangkala buat orang naik jelak.
Contohilah bapa saudaranya, Salih Yaacob yang tahu ‘mengawal keadaan’. Mungkin selepas ini Ozlyn boleh menjadi ‘pengawal’ Johan. Tak bolehlah Johan nakal-nakal lagi.