Julai 20, 2009

(Celebrity News) Intan Sarafina bakal jadi ibu


Agak lama juga tak dengar perkembangan penyanyi Intan Sarafina sejak beliau bernikah bersama jejaka pilihan hati, Iskandar hujung tahun lalu. Mungkin Intan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya.
Intan yang pernah popular dengan lagu Selamanya Kembali kini sedang meniti hari bahagia menanti kehadiran insan baru dalam hidupnya bersama suami tercinta.

Diam tak diam, Intan bakal bergelar ibu dalam masa yang terdekat. Usia kandungan beliau mencapai enam bulan dan dijangka akan bersalin sekitar Oktober 2009.

Murah betul rezeki pasangan ini. Baru setahun berkahwin sudah dianugerahkan cahaya mata. Dengar khabar juga mereka bakal menimang cahaya mata lelaki. Dah tentu Intan tak sabar bergelar ibu. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama beliau melahirkan anak.

Semoga Intan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. Memang trend agaknya apabila ramai selebriti melahirkan anak pada tahun ini dan yang pastinya, dunia hiburan tanah air semakin berseri-seri dengan kemunculan bayi-bayi comel ini.

Zoom Comment: Zoom Doakan semoga Intan Menjadi Ibu Yang SOleha kepada anak yang bakal di lahirkan nanti..