Penyanyi dan komposer popular Ajai kini cukup teruja apabila isteri kesayangan, Liza Ilias disahkan hamil oleh doktor beberapa minggu lalu. Walaupun kandungan Liza baru mencecah usia tujuh minggu, tetapi Ajai dikatakan sudah tidak sabar-sabar ingin menimang cahayamata tersebut. Mungkin kerana sudah lama tidak mempunyai anak kecil. Maklumlah Ayu Nazirah, anak hasil perkongsian hidupnya dengan Nurul dahulu sudah pun berusia 11 tahun.
Bagi Liza pula, dia juga sangat gembira dengan kehamilan pertamanya itu. Baginya, itu rezeki daripada Allah. Berkongsi cerita tentang kehamilannya itu, Liza memberitahu yang dia tidak sangka boleh mengandung dalam masa yang singkat.
Baca Selanjutnya
“Ajai yang dapat rasa saya mengandung. Suatu malam tu, Ajai balik ke rumah dan beritahu saya yang dia pening semacam dan dia syak mungkin kerana saya telah mengandung. Tapi saya tidak percaya. Seminggu sebelum Hari Raya, saya buat ujian sendiri sebab badan kerap penat dan hasilnya memang positif. Bagaimanapun, kami tidak terus berjumpa doktor, selepas berhari raya di Johor dan Pulau Pinang, baru kami berjumpa dengan doktor,”ujar Liza yang ditemui ketika pembukaan Celebrity Kopitiam di Kota Damansara kelmarin.
Ditanya tentang pengalaman pertamannya hamil, Liza memberitahu setakat ini dia mengalami alahan sama seperti kebanyakan wanita lain.
“Biasalah mengandung ini. Kadang-kadang ada selera makan, kadang-kadang tiada. Muntah-muntah tu biasalah. Tetapi antara saya dengan Ajai, dia yang lebih teruk kena alahan. Ajai selalu muntah-muntah dan pening. Setakat ini saya belum lagi mengidam apa-apa. Mungkin sebab tak sempat hendak fikir, sibuk sangat buat masa ini,”tambah Liza yang tidak kisah sama ada mendapat anak perempuan atau lelaki.
(credit to Gua)
Zoom KOmen: Sama-samalah kita tunggu dan lihat samada anak Ajai sama dengan anak-anak artis yang lari dari media dan public :)..!!! Tungguuuu..Apa komen anda !!?