Menurut wakil pasangan itu, Pengurus Media, PRO Event Management & Consultancy, Noorlizawati Mohd Akil ketika dihubungi, acara berlangsung hingga jam 5 petang manakala pengantin dijangka sampai ke lokasi majlis jam 2.30 petang.
Katanya, ketika ini persiapan seperti pelamin dan meja makan sibuk dilakukan. Sebelum acara kemuncak esok diadakan, persiapan akhir bersama pengantin dilakukan hari ini untuk memastikan segala susun atur mengikut perancangan.
"Mengenai jemputan, ia terhad kerana tempat tidak terlalu besar. Anggaran lebih 1,000 tetamu dijangka hadir pada majlis ini.
Baca Selanjutnya
"Bagi memeriahkan majlis, tiga kumpulan nasyid iaitu Wildan, Far East dan In Team akan tampil membuat persembahan. Untuk pihak media, sidang media diadakan selepas sesi fotografi pengantin bersama anggota keluarga selesai.
"Sebenarnya, persiapan menerusi perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga pengantin bermula lebih sebulan lalu. Ketika awal perbincangan lalu , pengantin turut hadir untuk beri pandangan.
"Bagi syarikat PRO Event Management & Consultancy, kami bertanggungjawab membuat atur cara majlis dan menguruskan jemputan media. Apa yang dimaklumkan pihak keluarga pengantin, majlis persandingan akan diadakan ringkas diikuti makan beradab dan acara memotong pulut kuning.
"Buat masa ini, semua persiapan berjalan lancar dan untuk jemputan kepada peminat, ia diuruskan keluarga pengantin sendiri dan pada majlis ini nanti, sesi fotografi bersama peminat juga diadakan ,"katanya.
Mengenai konsep dan pemilihan pakaian pengantin yang akan digunakan esok, Noorlizawati sekadar menyatakan pengantin ingin membawa konsep pakaian Arab. Untuk persandingan kedua di pihak lelaki pula, ia masih dalam perbincangan tetapi tarikh ditetapkan pada 7 November nanti bertempat Gopeng, Perak.
Noorlizawati juga memaklumkan jemputan kepada media hanya dibuat menerusi faks kerana kad jemputan terhad.
Info: Metro
Zoom Komen: Naik pelamin juga pasangan konterversi ini, zoom fikir tak merasalah si waheeda ni naik pelamin.Zoom pun tak tau kenapa orang kat rumah ni tak suka dengan waheeda, zoom nak tau apa pandangan anda mengenai naik pelamin pasangan ini...!!! mungkin zoom ingin kepastian apakah yang membelengu fikiran orang kat rumah ni membenci Waheeda!!! Apa Komen anda?..Tapi sebelum tu, sama-samalah kita mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat...!!!