Memaparkan catatan dengan label Yatt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yatt. Papar semua catatan

Mei 21, 2012

Gempar : Kepala Artis Melakat Pada Sejadah !!

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan
aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat

Mac 02, 2010

(Cerita Artis) Yatt Haryati Selamat Bersalin !!

Yatt Haryati yang mengandung 9 bulan kandungan bakal penyeri hidup itu selamat melahirkan bayi berkenaan dan bayi berkenaan berjantina perempuan pada pukul 6.13am kelmarin (28/2). Bayi perempuan yang seberat 3.24kg dan sihat itu diberi nama yang unik dan bermakna, Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib. Khabar berita ini diterima melalui laman Facebook milik beliau. Tahniah di atas perkhabaran gembira ini!

Februari 23, 2010

(Cerita Artis) Gambar Yatt mengandung 9 Bulan

Inilah gambar Yatt atau Haryati Hamzah yang bernikah pada 29 Mac tahun lalu mengakui yang dirinya tidak menyedari sedang hamil pada tiga bulan pertama. Ketika itu, dia sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama dan amat menggilai buah durian serta makan tanpa henti untuk tiga hari berturut-turut sebelum ditegur suaminya dek perubahan selera makannya. Rupa-rupanya hamil. 

Lain pula ceritanya, sudah ada perancangan untuk hamil anak kedua pada tahun 2012 nanti. Wah, baguslah family planning yang dibuat Yatt, harap semuanya termakbul.

Oktober 25, 2009

(Cerita Artis) Yatt Hamil 5 Bulan !!!!


Berita gembira! Yatt, sebagai pelakon, pengacara dan juga bakal bergelar ibu tidak lama lagi, kelihatan berbadan dua. Hasil daripada perkahwinannya dahulu dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac yang lalu, kini Yatt yakni mengandung 5 bulan. Mereka dijumpai ketika mereka berdua menghadiri Majlis Rumah Terbuka Media Prima baru-baru ini. Kedua-dua kelihatan sedondon memakai baju merah membara ke majlis berkenaan. Taniah diucapkan!




Baca Selanjutnya

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat..!! APa KOmen anda ?

September 18, 2009

(Celebrity News) 3 Artis Bergelar Isteri BAru Beraya !!!




MEREKA cantik, berbakat dan bergaya. Status isteri tiga pelakon wanita, Darling Ngasri, Sari Yanti dan Yatt tidak pernah menghalang mereka untuk bergaya seperti di zaman anak dara dahulu.

Apalagi bila setiap kali menjejak kaki ke pusat membeli-belah, pasti ada saja pakaian fesyen terbaru yang akan dibeli. Tak kira mahal ataupun murah, bila cantik mata memandang dan berbaloi untuk dibeli, pakaian itu akan menjadi hak milik mereka.

Ya, mereka sesuai digelar isteri-isteri urban. Janji, pemakaian mereka tidak melampaui batas yang mungkin boleh memalukan diri serta ahli keluarga lain.

Namun, biar moden macam mana sekalipun, bila tibanya Hari Raya Aidilfitri, pakaian tradisional tetap diutamakan.

Zoom Komen : Beraya sakan artis2 kita ni,yerlah baru bergelar isteri.Macam kawan zoom kat office tue kalau boleh semua kuih dia nak beli..biasa la raya kan setahun sekali lagie pun apa salah sedekah kat orang..!! zoom nak beli juga tapi kat rumah dah banyak dah..!! u alls dah shopping belum atau tengah prepare nak balik kampung !!!!
Bagi tiga isteri popular ini, pemakaian ketika beraya perlu dititik beratkan kerana nilai kekayaan pakaian tradisi tidak mungkin boleh dijual beli.