Memaparkan catatan dengan label Darling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darling. Papar semua catatan

September 18, 2009

(Celebrity News) 3 Artis Bergelar Isteri BAru Beraya !!!




MEREKA cantik, berbakat dan bergaya. Status isteri tiga pelakon wanita, Darling Ngasri, Sari Yanti dan Yatt tidak pernah menghalang mereka untuk bergaya seperti di zaman anak dara dahulu.

Apalagi bila setiap kali menjejak kaki ke pusat membeli-belah, pasti ada saja pakaian fesyen terbaru yang akan dibeli. Tak kira mahal ataupun murah, bila cantik mata memandang dan berbaloi untuk dibeli, pakaian itu akan menjadi hak milik mereka.

Ya, mereka sesuai digelar isteri-isteri urban. Janji, pemakaian mereka tidak melampaui batas yang mungkin boleh memalukan diri serta ahli keluarga lain.

Namun, biar moden macam mana sekalipun, bila tibanya Hari Raya Aidilfitri, pakaian tradisional tetap diutamakan.

Zoom Komen : Beraya sakan artis2 kita ni,yerlah baru bergelar isteri.Macam kawan zoom kat office tue kalau boleh semua kuih dia nak beli..biasa la raya kan setahun sekali lagie pun apa salah sedekah kat orang..!! zoom nak beli juga tapi kat rumah dah banyak dah..!! u alls dah shopping belum atau tengah prepare nak balik kampung !!!!
Bagi tiga isteri popular ini, pemakaian ketika beraya perlu dititik beratkan kerana nilai kekayaan pakaian tradisi tidak mungkin boleh dijual beli.

Mei 31, 2009

(weeding) Gambar Wedding Darling Nasreen Ngasri Kahwin



Zoom Admin ucapkan selamat pengantin baru kepada pelakon Gadis Cuci, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri. Semoga bahagia dan hubungan suci ini kekal sehingga ke akhir hayat. Juga… selamat hari jadi! Semoga terus sukses, Nasreen!

KUALA LUMPUR: Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun. Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari Ini (31 Mei).

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.

Majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini. Detik manis itu juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara terdekat dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Darling dan jejaka yang bertugas sebagai pegawai pemasaran itu telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Mac lalu setelah berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bercerita tentang perkenalan singkat yang akhirnya membuahkan perasaan cinta itu, dalam nada ceria Darling berkata, di peringkat awal dulu, Nur Azlin tidak tahu dirinya adalah seorang artis.
Dalam pada itu, Nur Azlin berkata, ciri-ciri yang ada pada Darling berjaya menambat hatinya untuk melamar gadis itu sebagai isteri.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan ‘garden wedding’, manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan

Mei 23, 2009

Celebrities News : Debaran Darling Semasa dan selepas bertunang


BERTARIKH 15 Mac lalu, pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri, 26, atau popular dengan panggilan Darling sudah pun menjadi tunangan orang apabila disunting jejaka bernama Nur Azlin Rahmat, 34.
Bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri pada 30 Mei ini, majlis pernikahan akan dilangsungkan di rumah keluarga Darling di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebelum persandingan keesokan harinya.

Mendapat khidmat perancang perkahwinan Astaka Karya Sdn. Bhd., seperti yang dirancang, majlis resepsi di pihak lelaki dijangka diadakan pada 7 Jun di Bukit Katil, Melaka.
Nur Azlin yang merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta berjaya membuka pintu hati Darling untuk menerimanya sebagai suami biarpun baru beberapa bulan mengenali hati budi maisng-masing.

Bagi Darling pula, di sebalik cerita-cerita kontroversi yang melingkari hidupnya, dia berasa syukur kerana Nur Azlin amat memahami diri serta keluarganya.
Tidak memandang harta atau kemewahan, Darling mengharapkan perhubungan baik ini akan berkekalan sehingga mereka berstatus suami isteri dan seterusnya.

Mengakui berdebar menanti detik 30 Mei namun, dalam gementar berhijrah daripada hidup membujang ke alam perkahwinan, persiapan Darling menuju arah itu hampir siap dilakukan.
Ditemui pada majlis pratonton drama bersiri Gadis Cuci di Cineleisure, Damansara, baru-baru ini, Darling menjelaskan bahawa persiapan tersebut menjurus kepada pakaian pengantin, katering dan persiapan-persiapan lain.

Persiapan hampir siap. Kad jemputan pun sudah siap dan akan diedarkan.
Sudah tentu saya berdebar kerana ini satu penghijrahan buat diri saya untuk bergelar seorang isteri.Meskipun begitu, pastinya saya sudah bersedia dengan menghadiri kursus pernikahan dan membaca beberapa buah buku tentang panduan hidup berumah tangga,’’ jelas Darling.

Pertunangan Darling pada Mac lalu tidak terlepas daripada kontroversi apabila dikatakan terburu-buru kerana bertunang dengan Nur Azlin hanya selepas empat bulan mengenali jejaka itu.
Malah, ada juga yang bersuara bahawa Darling sengaja mahu mengalih perhatian pelbagai pihak yang selama ini berhadapan dengan kisah kurang manis tentang dirinya.

Sungguhpun begitu, Darling mengambil pendekatan enggan melayan sebarang kata-kata berkenaan dan menganggap pertunangannya sebagai takdir Ilahi.
Pada majlis pertunangan itu, Darling menerima lima dulang hantaran dan sebahagian daripada wang hantaran RM22,222.22, senaskhah al-Quran serta sepasang kain sepersalinan.

Menyambung kata-kata, Darling memberitahu bahawa sebelum berlangsungnya persetujuan untuk menjadi isteri kepada Nur Azlin, dirinya sudah awal-awal lagi memaklumkan kepada jejaka itu tentang kerjayanya.
Kami sudah berbincang dan dia amat memahami akan karier saya.Saya pun tidak boleh mementingkan diri sendiri dan kenalah juga memahami keadaannya,’’ ujarnya.

Info : utusan 05092009