Mei 23, 2009
Celebrities News : Debaran Darling Semasa dan selepas bertunang
BERTARIKH 15 Mac lalu, pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri, 26, atau popular dengan panggilan Darling sudah pun menjadi tunangan orang apabila disunting jejaka bernama Nur Azlin Rahmat, 34.
Bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri pada 30 Mei ini, majlis pernikahan akan dilangsungkan di rumah keluarga Darling di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebelum persandingan keesokan harinya.
Mendapat khidmat perancang perkahwinan Astaka Karya Sdn. Bhd., seperti yang dirancang, majlis resepsi di pihak lelaki dijangka diadakan pada 7 Jun di Bukit Katil, Melaka.
Nur Azlin yang merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta berjaya membuka pintu hati Darling untuk menerimanya sebagai suami biarpun baru beberapa bulan mengenali hati budi maisng-masing.
Bagi Darling pula, di sebalik cerita-cerita kontroversi yang melingkari hidupnya, dia berasa syukur kerana Nur Azlin amat memahami diri serta keluarganya.
Tidak memandang harta atau kemewahan, Darling mengharapkan perhubungan baik ini akan berkekalan sehingga mereka berstatus suami isteri dan seterusnya.
Mengakui berdebar menanti detik 30 Mei namun, dalam gementar berhijrah daripada hidup membujang ke alam perkahwinan, persiapan Darling menuju arah itu hampir siap dilakukan.
Ditemui pada majlis pratonton drama bersiri Gadis Cuci di Cineleisure, Damansara, baru-baru ini, Darling menjelaskan bahawa persiapan tersebut menjurus kepada pakaian pengantin, katering dan persiapan-persiapan lain.
Persiapan hampir siap. Kad jemputan pun sudah siap dan akan diedarkan.
Sudah tentu saya berdebar kerana ini satu penghijrahan buat diri saya untuk bergelar seorang isteri.Meskipun begitu, pastinya saya sudah bersedia dengan menghadiri kursus pernikahan dan membaca beberapa buah buku tentang panduan hidup berumah tangga,’’ jelas Darling.
Pertunangan Darling pada Mac lalu tidak terlepas daripada kontroversi apabila dikatakan terburu-buru kerana bertunang dengan Nur Azlin hanya selepas empat bulan mengenali jejaka itu.
Malah, ada juga yang bersuara bahawa Darling sengaja mahu mengalih perhatian pelbagai pihak yang selama ini berhadapan dengan kisah kurang manis tentang dirinya.
Sungguhpun begitu, Darling mengambil pendekatan enggan melayan sebarang kata-kata berkenaan dan menganggap pertunangannya sebagai takdir Ilahi.
Pada majlis pertunangan itu, Darling menerima lima dulang hantaran dan sebahagian daripada wang hantaran RM22,222.22, senaskhah al-Quran serta sepasang kain sepersalinan.
Menyambung kata-kata, Darling memberitahu bahawa sebelum berlangsungnya persetujuan untuk menjadi isteri kepada Nur Azlin, dirinya sudah awal-awal lagi memaklumkan kepada jejaka itu tentang kerjayanya.
Kami sudah berbincang dan dia amat memahami akan karier saya.Saya pun tidak boleh mementingkan diri sendiri dan kenalah juga memahami keadaannya,’’ ujarnya.
Info : utusan 05092009
Labels:
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Darling,
Gadis Malaysia,
Media,
Pelakon Malaysia,
Sembang