Memaparkan catatan dengan label Diva Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diva Malaysia. Papar semua catatan

Februari 20, 2010

(Cerita Artis) Gambar terbaru Dato Siti Nurhaliza dan gosip terbaru !

Nampak comel artis kesayangan anda ini, ini gambar terbaru Zoom Cut and Paste untuk anda di Blog Zoomartis ini.

Kali kedua diberi tanggungjawap untuk menggalas tugas sebagai juri pada acara berprestij Anugerah Juara Lagu, nyata masih ramai pihak di luar sana yang tidak berpuas hati dengan pemilihan penyanyi nombor satu negara kita, Dato Siti Nurhaliza sebagai juri dalam program tersebut.

Apa la orang diluar sana tu, dengki je...macam la dia tue boleh jadi juri..kalau nak sangat bagi tau la penganjur...Apa kata anda !!?

Ogos 23, 2009

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Konti Suria FM


Dato Siti ni kalau tak pakai make up pun muka nampak comel dan cool je..sedap mata memandang..bertuah dato K dapat siti ni..apa pun korang layan la gambar dato siti di konti Suria FM baru2 ni.

Apa yang Dato’ Siti Nurhaliza buat kat konti radio Suria FM nie? Benda romantik tue. Dato’ Siti berbalas-balas cakap “I Love You” ngan Dato’ K tue. Cakap dalam radio tue. Semua orang pun boleh dengar. Memang very the romantik gitu.

Buat Dato’ Siti dan Dato’ K, kami mengucapkan selamat berpuasa. Mohon maaf kalau ada keterlanjuran bahasa dan kata kepada Dato’ berdua. Jangan lupa berdoa dimurahkan rezeki dan dipercepatkan dapat zuriat di bulan Ramadan nie. Insya-Allah termakbul.



Ogos 14, 2009

(Celebrity News) Siti,Keluarga Syahdu Tanpa "Abah"



Ini keluarga Datuk SIti Nurhaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa arwah bapanya yang kini sudah tiada. Mereka membayangkan suasana syahdu pada hari raya nanti, khususnya apabila terkenangkan gelagat arwah setiap kali menyambut hari raya.

"Memang Siti terasa sayu dan rindukan saat manis bersama awrah abah. Bulan puasa juga banyak kenangan Siti bersama arwah abah," kata Siti kepada wartawan majalah Harmoni edisi istimewa Aidilfitri yang kini sudah ada di pasaran.

Siti bersama ibu, Siti Salmah Bachik, kakak, Saida dan adiknya Saerah menjadi penghias majalah berteraskan isu wanita yang semakin hari semakin hangat di pasaran itu.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Siti dan keluarga jangan lupa dapatkan di pasaran. Edisi istimew setebal 148 mukasurat dijual dengan harga RM7.00.
Selain kisah Siti, ada juga kisah keseronokan pasangan yang baru bergelar suami isteri menyambut hari raya bersama seperti Mawi-Ikin, Darling-Azlin, Catriona-Shaharuddin serta pasangan Yatt-Taib.

"Hari raya tahun ini tentulah Siti rindu nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan abah. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan," katanya yang merancang menyambut 1 Syawal di Kuala Lipis tahun ini.
Ibunya juga berharap tahun ini anak-anak dapat berkumpul di kampung menjelang hari raya. Dia berusaha menguatkan semangat walaupun sedih mengenangkan kenangan manis semasa bersama yang kini telah tiada.

Saida pula terkenang gurau senda arwah abahnya kerana dia dan arwah kerap bergurau.
"Abah sendiri gelar Ida `yang goreng' kerana mulut banyak cakap. Ida bersykur sebab abah sempat beri restu untuk Ida menjadi artis," katanya.

Saerah pula meluahkan rasa terkilan sebab abahnya tidak sempat melihat dia berkahwin.
"Bila anak bongsu perempuan abah nak kahwin? Kalau boleh abah nak jadi wali masa Erah kahwin nanti," kata Saerah terkenang kembali kata-kata abahnya.

Kalau nak tahu lebih lanjut cerita keluarga Siti menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan lupa dapatkan majalah Harmoni terbitan Utusan Karya di pasaran.

Jun 18, 2009

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Malam Puisi Utusan


Siti Nurhaliza nie pakai apa-apa pun memang maintain cun. Gambar Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan nie memang marvelous. Takderlah nampak Siti pakai make up tebal sangat, tapi kecunnan dia tetap terserlah.

Mungkin sebab tue ramai photographer-photographer suka bila Siti ada event. Gambar yang diambik nampak cantik jer jadinya. Photogenic la kiranya si Siti Nurhaliza nie.

Lagi gambar terbaru Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kami hari tue ada plan nak pergi tengok konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya 26 sampai 28 Jun nie, tapi tengok-tengok balik harga tiket yang tinggal semua yang RM300 punya. Takperlah, lain kali jerlah kot pergi. Tapi kalau Siti nak sponsor kami di Zoom nie apa salahnya kan? Hehehe.