Ogos 14, 2009
(Celebrity News) Siti,Keluarga Syahdu Tanpa "Abah"
Ini keluarga Datuk SIti Nurhaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa arwah bapanya yang kini sudah tiada. Mereka membayangkan suasana syahdu pada hari raya nanti, khususnya apabila terkenangkan gelagat arwah setiap kali menyambut hari raya.
"Memang Siti terasa sayu dan rindukan saat manis bersama awrah abah. Bulan puasa juga banyak kenangan Siti bersama arwah abah," kata Siti kepada wartawan majalah Harmoni edisi istimewa Aidilfitri yang kini sudah ada di pasaran.
Siti bersama ibu, Siti Salmah Bachik, kakak, Saida dan adiknya Saerah menjadi penghias majalah berteraskan isu wanita yang semakin hari semakin hangat di pasaran itu.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Siti dan keluarga jangan lupa dapatkan di pasaran. Edisi istimew setebal 148 mukasurat dijual dengan harga RM7.00.
Selain kisah Siti, ada juga kisah keseronokan pasangan yang baru bergelar suami isteri menyambut hari raya bersama seperti Mawi-Ikin, Darling-Azlin, Catriona-Shaharuddin serta pasangan Yatt-Taib.
"Hari raya tahun ini tentulah Siti rindu nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan abah. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan," katanya yang merancang menyambut 1 Syawal di Kuala Lipis tahun ini.
Ibunya juga berharap tahun ini anak-anak dapat berkumpul di kampung menjelang hari raya. Dia berusaha menguatkan semangat walaupun sedih mengenangkan kenangan manis semasa bersama yang kini telah tiada.
Saida pula terkenang gurau senda arwah abahnya kerana dia dan arwah kerap bergurau.
"Abah sendiri gelar Ida `yang goreng' kerana mulut banyak cakap. Ida bersykur sebab abah sempat beri restu untuk Ida menjadi artis," katanya.
Saerah pula meluahkan rasa terkilan sebab abahnya tidak sempat melihat dia berkahwin.
"Bila anak bongsu perempuan abah nak kahwin? Kalau boleh abah nak jadi wali masa Erah kahwin nanti," kata Saerah terkenang kembali kata-kata abahnya.
Kalau nak tahu lebih lanjut cerita keluarga Siti menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan lupa dapatkan majalah Harmoni terbitan Utusan Karya di pasaran.