Memaparkan catatan dengan label Sheila Majid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sheila Majid. Papar semua catatan

Mac 11, 2010

Shiela Majid akan buat konsert di Indonesia


Cerita baru dari seberang mengenai Datuk Shiela Majid kita yang baru sahaja selesai membuat konsert Java Jazz di Indonesia baru-baru ini..

Sheila juga mengakui bahawa Indonesia merupakan rumah kedua baginya. Dirinya juga masih terharu dengan sambutan peminatnya yang sangat memberangsangkan ketika persembahan di acara Java Jazz, kemarin.



"Saya memang ingin membuat konsert di Indonesia, kerana saya ingin meraikan 25 tahun selama saya jadi penyanyi. Tapi saya masih menunggu penaja yang datang kepada saya, tetapi saya berjanji akan membuat konsert di sini,"
ujar Sheila seperti dipetik dari laman hiburan

Semoga perjuangan sebagai anak seni di seberang dapat diterima seadanya...sebab Zoom ada mendengar banyak cerita buruk dari seberang.Mungkin hanya segelintir je kot.

Apa kata anda ?

Februari 10, 2010

(Cerita Artis) Sheila sebaris selebriti Hollywood !!!

Boleh tahan juga tajuk di akhbar Kosmo yang Zoom baca hari ni, bukan calang-calang orang yang boleh disama tarafkan dengan artis Hollywood.Dalam beribu artis yang ada di Malaysia Datuk Shiela ini ada insan yang mengkategorikan beliau sebaris dengan selebriti Hollywood.

Tahniah Zoom Ucapkan..Teks atau "statement" Ada di bAwah...!!



Baca Selanjutnya

ELIZABETH TAYLOR, Nicole Kidman, Heidi Klum, Kate Winslet, Eva Longoria, Gisele Bundchen, Tyra Banks dan Elizabeth Hurley merupakan antara selebriti Hollywood yang pernah menggayakan permata Mouawad secara komersial.

Mencipta sejarah sebagai selebriti Malaysia pertama berpeluang melalui pengalaman yang serupa ialah Datuk Sheila Majid.

Bukan sekadar itu, Sheila, 45, bakal memperagakan baju kebaya termahal di dunia pada malam Gala Amal Ratu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 April depan.

Pada majlis tersebut, penyanyi yang meraih gelaran ratu jazz Malaysia itu juga membuat persembahan khas selama 45 minit sempena 25 tahun kariernya dalam bidang muzik, di samping meraikan ulang tahun kelima butik kebaya Cosry Wise (M) Sdn. Bhd.

Bagi Sheila, peluang yang diberikan untuk menggayakan baju kebaya termahal itu dianggap sebagai rezeki yang tidak mungkin dilepaskan.

"Kalau nak beli baju kebaya itu mungkin agak susah kerana harga yang terlalu mahal.

"Saya rasa macam tidak sabar pula untuk mencuba baju kebaya tersebut," ujarnya.

Jelas artis genit itu lagi, pada malam amal itu dirinya diundang untuk meraikan wanita berkerjaya, ulang tahun kelima Cosry dan 25 tahun pembabitannya dalam industri ini.

Zoom: Baju kebaya rupanya....Apa kata anda !!?

Januari 29, 2010

(Cerita Artis) Sheila Majid Ber Twitter dekati peminat


Seperti artis-artis lain Sheila Majid gunakan pendekatan sendiri untuk mendekati peminat yang banyak memberi semangat berjuang dalam arena seni.Sheila Majid menggunakan kemudah Twitter untuk berkongsi cerita dan idea.Ratu Jazz negara ini semakin kemaruk dengan Twitter,malahan sudah menjadi rutin beliau setiap hari.dibawah ini salah satu petikan "Statement" Sheila mengenai Twitter ni.



Baca Selanjutnya


"Pengalaman bertwitter bersama peminat begitu menarik. Ada saja berita terkini yang ingin saya sampaikan dan sejurus itu juga saya akan mendapat respon dari ramai peminat. Itu yang membuat saya rasa puas bertwitter. Kaedah ini juga membuat saya rasa begitu dekat dengan peminat,"
kata Sheila.

Zoom: Apa kata anda mengenai Twitter?

September 02, 2009

(Gambar) Datuk Shaheila Abdul Majid Atau Sheila Majid Dan Keluarga


Lama tak dengar cerita Sheila Majid ni..Huh dah besar panjang anak2 Sheila Majid ni..Menurut sumber yang boleh di percayai Sheila Majid dah ada business menjual kuih dalam internet..Ada sapa2 yang tau laman Web Tak ? kalau ada boleh Zoom link kat sini..Shiela pun ada Kedai Pruduk KEcantikan dan yang terbaru di Cawangan Parkson SUnway...kepada sesiapa yang nak mencantikan diri tue pergi la..:P zoom tak nak dah putih and hendsome dah :)