September 04, 2009

(Gossip) Komen Maizawati Mengenai Isu Teman Lelaki !!


Sejak Maizawati Zainal bercerai dengan Akhil Hayy, rezeki Maizawati mencurah-curah. Dari menjadi duta bagi produk Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies sehingga lah beliau bakal menjadi seorang penyanyi.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza.(mstar)

Zoom KOmen : Makin Panjang Citer ni...!!!!