Memaparkan catatan dengan label Dafi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dafi. Papar semua catatan

September 16, 2010

Dafi Dan Fan Club Buat Rumah Terbuka Di Sebuah Kampung Tanjung Karang




Sempena hari yang mulia ini Dafi dan kelab peminatnya Dafi Fan Club ( DFC) kampung di Tanjung Karang, Selangor sebagai lokasi membuat rumah terbukanya dan DFC pada 2 Oktober nanti

Februari 25, 2010

(Gossip) Gambar Dafi terkangkang di atas sofa !!


Pada mulanya Zoom terfikir juga aksi kangkang ni 18 ++ je bunyinya, tetapi setelah Zoom membaca dan melihat gambar ini, ia adalah gambar biasa  je, cuma digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang dengki dengan apa yang Dafi ada kot..Entah la...!!!

Zoom: Apa pandangan anda ?

Disember 16, 2009

(Cerita Artis) Dafi Kahwin dalam umur 27 tahun


Semasa Dafi menyambut hari lahirnya yang ke-21 baru-baru ini, menarik minat Dafi untuk berkongsi perasaannya dengan peminat-peminat dan rakan media. Dia berasa kejut dengan persembahan nyanyian oleh adik lelakinya, Nashriq, 17, dan kehadiran penyanyi Noryn Aziz di majlis hari lahirnya di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

"Saya memang tidak tahu langsung yang adik saya membuat persembahan dan Kak Noryn datang ke majlis ini. Kak Noryn merupakan salah seorang artis yang saya kagumi dan terkejut apabila dia datang..terima kasih kepadanya kerana sudi datang
," luah alumni Akademi Fantasia musim ke-5 ini.




Baca Selanjutnya

Malam bertemakan hitam dan putih serta tema persembahan bertajuk 'lagu dalam filem' itu juga menyaksikan Dafi yang begitu merendah diri dan tidak jemu-jemu melayan peminatnya. Pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail ini juga mengaku yang dirinya tidak pernah dikongkong oleh keluarganya.

Menurut Dafi, dia juga berharap agar bertemu jodoh dengan pilihannya sendiri kerana tidak percaya dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga atau mana-mana pihak.

"Saya tak nak perkahwinan yang diatur sebab orang sekarang dah moden. Saya tahu apa yang saya nak dan biar saya mengenali hati budi wanita itu dulu..Insya-Allah, sekarang saya masih mencari. Saya jangka paling cepat dalam umur 27 tahun dan paling lambat 30 tahun untuk berkahwin.

"Sekarang, banyak perkara lagi yang saya nak capai. Saya tak nak terlalu fikir dan biarlah saya utamakan karier dulu,"
jawab penyanyi lagu Bila Terasa Rindu dan Seumur Hidup ini yang menggayakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini.

Dalam pada itu, bapa Dafi, Ismail berkata beliau juga tidak menetapkan bila anaknya harus menamatkan zaman bujangnya.

"
Saya serahkan keputusan untuk berkahwin ini kepadanya. Selepas keluar AF dulu, dia kata nak kahwin semasa umur 27 tahun nanti. Bagi saya, biar dia tentukan kerjaya dan rumahtangganya. Saya juga tak kisah siapa menantu saya, dia miskin atau kaya...saya akan terima,"
beritahu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.

Zoom: Selain daripada Aizat,Mawi dan Mila, Dafi juga adalah salah seorang keluaran Akademi Fantasia yang menonjol dalam arena industri seni tanah air.Apa kata anda mengenai artis yang masih muda ini ? Adakah beliau menonjol atas faktor keluarga,paras rupa ataupun bakat ?

November 30, 2009

(Gossip) Dafi Menafikan Bercinta Dengan Acha




Tatkala diusik jika masih berhubungan dengan Acha Septriasa selepas meninggalkan kolej, jawab Dafi "Peliklah cerita selama ini yang mengaitkan saya dengan dia. Sebenarnya kami tak pernah berjumpa walau sekali pun di kolej.

"Kalau ‘event’ di luar, adalah tapi itupun sekadar 'Hello' saja. Dan pernah sekali kami duet bersama di Hot FM Big Jam tahun lepas. Kelakar bagaimana boleh keluarnya cerita cinta itu.

"Belum masanya untuk saya bercinta. Banyak lagi yang perlu saya capai. Saya 'set' fokus saya pada kerjaya dulu. Saya tak takut abaikan kerjaya saya tetapi bimbang jika dia yang terabai."



Baca Selanjutnya


"I'm a free man!" umum Dafi ceria. "Sekarang saya boleh fokus 100% pada kerjaya."

Bulan depan, Dafi akan masuk studio untuk merakam single terbaru, yang dedahnya sebuah lagu bercorak 'uptempo ballad'. Sementara itu, lagunya "Seumur Hidup" akan dimuatkan dalam DVD ‘Jin Notti’ yang dijadualkan keluar tak lama lagi.

Zoom KOmen: Apa-apa lah dik ..Asal kerja ko tak terganggu..!! apa kata anda ?

November 17, 2009

(Gambar)Terbaru Dafi Di Majalah !!


Semakin lama anak muda ini nilai di dunia industri tanah air semakin bergemerlapan. Mungkin kerana aset yang ada padanya membuatkan sesetengah remaja menjadikanya IDOL. Malahan Makcik2 pun minat kat Dafi ni, Mungkin kerana penangan hidung dah lesung pipit dia kot..!!!



Baca Selanjutnya

Zoom tau mesti ramai dekat luar sana yang fanatik yang teramat dengan Dafi ni,apatah lagi semasa di Akademi Fantasia sebelum ini.!! Apa Komen Anda Mengenai Gambar terbaru Dafi yang simple dan COOL ni..!?

Oktober 09, 2009

(Gossip) Dafi Bercinta Dengan Acha ker !!?


Ini Gossip Zoom dapat dari Mangga online, tak tau betul ke tak. Ntah mana la si posterr ni dapat info menggosipkan Dafi Dan Acha..!!! kalau betul apa salah nyer kan...Jum zoom statement kat bawah....



Baca Selanjutnya

Masa sembang sembang dengan kekawan di Cafe Siah kat Bangi baru-baru ini Mangga Muda terdengar satu cerita hot. Ini antaya kisah hangat tahun inilah juga.

Kalau apa yang Mangga Muda dengar tu betul, bolehlah Mangga Muda gelarkannya sebagai cinta tanah seberang.

Dengar-dengarnya pelakon Acha Septriasa sudah ada teman baru selepas putus cinta dengan Irwansyah dan seorang teman lain selepas itu.

Kali ini khabarnya Acha berkawan mesra dengan rakan sekolej yang juga seotang penyanyi terkenal negara ini yang memiliki wajah yang comel, setanding dengan buah hati pertamanya Irwansyah tu. Siapa lagi kalau bukan Dafi.

Dafi ni memang jarang kita dengar pasal kisah cintanya. Yalah umurnya belum lagi mencecah 21 rahun. Hujung tahun ini baru genap 21 umurnya.

Acha pun masih muda, tapi lebih dulu mengenal cinta apabila digandingkan dengan Irwansyah dalam filem Heart.

Baguslah kalau benar apa yang Mangga Muda dengar sebab mereka berdua ni memang sepadan.

Sama muda dan sama sama bijak dalam pelajaran. Mereka masing-masing belajar di Kolej Universiti Lim Kok Wing.

Mangga Muda: Rupa-rupanya Acha taste lelaki berkulit putih dan comel.

Zoom KOmen: sama-sama kita tunggu statement dari Dafi Dan Acha !!!

September 16, 2009

(Gambar) Dafi Dan Tema Baju Raya 2009

Baju Melayu Berjalur berwarna oren terang dipadankan dengan butang baju keemasan menambah seri kala bertandang di rumah sabahatr handai..Itu la tema Dafi Untuk raya tahun ni..U alls tema apa pulak ??

Julai 14, 2009

(Celebrity News) Mampukah Artis Kita Bersinar di Anugerah Planet ?




Dafi,Aizat Dan Stacy Adalah wakil negara Kita yang meneruskan perjuangan seni tanah air bersama artis2 senior..Semoga berjaya.Majulah Industri Tanah Air Untuk Negara :P

April 28, 2009

Dafi rapat dengan peminat




Dafi sangat bertuah kerana kelab peminatnya antara yang paling aktif mengadakan majlis. Aktiviti yang dijalankan juga turut membantu mempromosikan namanya.

Minggu lalu Dafi Fan Club (DafiFC) mengadakan majlis istimewa sempena ulang tahun kedua penubuhan kelab yang menyokongnya sejak dia masih di dalam Akademi Fantasia 5 lagi.

Ahli jawatankuasa kelab juga sentiasa mengadakan aktiviti yang berbeza setiap kali bersama Dafi. Kali ini mereka menganjurkan persembahan istimewa Dafi di SACC Mall, Shah Alam.

Acara yang diadakan di ruang legar itu turut memberi peluang kepada orang ramai menonton persembahan tersebut. Dafi mempersembahkan lagu-lagu popularnya serta mengadakan games bersama peminat di atas pentas.

"Macam promosi album lah juga sebab kali ini mereka menganjurkan acara persembahan pula. Dafi bertuah kerana mereka merencanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan Dafi dan peminat.

"Secara tak langsung ia juga salah satu agenda mempromosikan lagu-lagu Dafi," kata Dafi.

Seronok bersama peminat

Dafi menghargai sokongan peminatnya yang tidak berbelah bahagi selama ini.

"Dafi berbangga kerana peminat Dafi sentiasa kreatif mengadakan majlis yang kena dengan situasi.

"Mereka juga yang bertanggungjawab mengadakan majlis sempena ulang tahun kelahiran Dafi hujung tahun lalu dan banyak acara lain," kata Dafi.

Kadang-kadang dia sendiri tidak terlibat dalam merencanakan apa-apa program sebaliknya ahli kelab peminat yang bertungkus lumus dalam menganjurkan apa-apa majlis.

Apabila rapat dengan peminat Dafi tahu apa yang peminat mahukan daripada seseorang artis.

Laris jadi duta

Dafi juga masih banyak rezeki dalam bidang seni. Selain memenuhi undangan mengadakan persembahan, Dafi juga menjadi juracakap beberapa produk

April 16, 2009

Dafi rapat dengan peminat


Dafi sangat bertuah kerana kelab peminatnya antara yang paling aktif mengadakan majlis. Aktiviti yang dijalankan juga turut membantu mempromosikan namanya.