Memaparkan catatan dengan label Pelakon Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelakon Drama. Papar semua catatan

Disember 22, 2011

Gambar Pelakon 80an Lydiawati Kini Bertudung

Alhamdulillah, mungkin kerana hidayah yang diterima, pelakon bernama Lydiawati atau nama sebenar beliauSalina Saimon akhirnya mengenakan tudung yang sudah sekian lama ditinggalkan. Bagi ZoOm walaupun kadang-kadang ketika kita mengejar harta duniawi yang memerlukan pengorbanan namun tidak bererti tanggungjawap kita sebagai umatnya di lupakan..

Dan Berikut beberapa "Statement" Beliau mengenai penampilan terbaru beliau ini :

"Apa yang penting ialah niat kita bertudung kerana memenuhi tuntutan ajaran Islam dan bukannya kerana mahu berfesyen. Bagi saya, bertudung bukannya kerana dipaksa dan terpaksa atau mengikut trend, tetapi ia lahir daripada hati dan kesedaran si pemakai itu sendiri.

November 24, 2010

Selamat Hari Jadi Abang Awie Yang ke 42

Hari ini genap 42 tahun umur abang awie kita tarikh lahir beliau 24 Nov 1968, cepatnya masa berlalu dah 42 tahun abang Awie kita ni.


Semoga dipanjangkan umur murah rezeki...Soala Bonus bilalah nak timang anak ni :)


Credit : runwitme

September 25, 2010

Sinopsis Drama Ahmad Durrah Dan Lagu

Sinopsis:


Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.
Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Jun 20, 2010

Gambar Terbaru Zarynn Minn

Pelakon yang serba sederhana ini mungkin anda tidak sedar akan kehadirannya, Zoom rasa ada banyak drama atau filem yang pernah beliau lakonkan.Mungkinkah kerana artis bernama Zarynn Minn ini kurang gossip dan konterversi dan publisiti menyebabkan beliau kurang menonjol berbanding artis yang suka mencetuskan konterversi.


Antaranya drama lakonan Zaryn Min ialah Tangisan Bulan Madu, Kaber Hero Kaber Zero, Rafflesia, Cahaya, Elly, Sahabat, Annum, Yusuff, Dari Mata Arissa dan Hati Ini Milik Siapa. Sementara filem lakonannya adalah Anak Mami The Movie dan Dunia Baru The Movie.