Baca Selanjutnya
"Sebenarnya saya masih lagi dalam proses mengenalinya tapi kami sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Kami pun dah 2 kali beraya bersama.
"Apa yang boleh saya cakap, keluarga kami merestui hubungan kami dan hanya tunggu lampu hijau saja. Cuma, selagi cita-cita saya masih belum tercapai, selagi itu saya tak akan berkahwin,'
Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu.
"Kami masih belum bertunang lagi. Mungkin kami bertunang sehari sebelum bernikah. Saya tahu apabila bertunang, macam-macam cabaran akan dihadapi. Alhamdulillah setakat ini kami tak de apa-apa masalah. Selisih faham manja manja tu biasalah,"ujarnya.
Menyedapkan lagi perisa cintanya itu, Aremeer mengakui mencintai Yanie disebabkan karektor beliau yang memahami dan petah bercakap.
"Setakat ni dialah yang terbaik buat saya. Insya-Allah, ikut rancangan saya nak kahwin 4 tahun lagi apabila umur saya 30 tahun. Terus-terang, bila tengok kawan-kawan berkahwin, kami juga teringin berkahwin,"jelasnya.
Mengakhiri sesi temuramah, Aremeer turut mengakui ada mencipta sebuah lagu khas buat Yanie. Namun, lagu tersebut masih lagi dalam simpanannya tetapi sudah pun dinyanyikan sewaktu Aremeer berlakon dalam drama Satu Hari Di Hari Raya di TV9 tidak lama dulu.
Zoom KOmen: Semoga hari bahagia itu akan menjelma tiba, Apa Pandangan anda mengenai artis sorang ni !!!!