Alhamdulillah akhirnya penantian selama 4 tahun Adik kepada Akak Ziana Zain kita ini menang saman ke atas syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound).
Setelah 4 tahun turun naik mahkamah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr. Prasad Sandosham Abraham turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 40. Terdahulu, peguam yang mewakili penyanyi lagu Lelaki Ini, Aizul Rohan Anuar memberitahu, syarikat rakaman tersebut telah gagal mengemukakan laporan jualan album sebagaimana yang diarahkan mahkamah pada prosiding lalu
Zoom: APa KaTa AnDa !!