Memaparkan catatan dengan label Nabil Mentor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabil Mentor. Papar semua catatan

November 03, 2010

(Gambar) Inikah Qasha Teman Wanita Baru Nabil Raja Lawak ??

Sumber ini ZOom dapat dari laman gossip Nara, Sexy juga pramugari ( Menurut Info ), kalau betullah ini gadis tersebut memang  melepaslah Irma sebab yang ini lagi gebu dan seksi.

Mac 12, 2010

Nabil dan Irma di tangkap khalwat !!!?


Terkejut juga Zoom bila baca tajuk di akhbar online sebentar tadi, dalam kepala Zoom betul ke Juara Raja Lawak ini ditangkap khalwat!?

Baca je la cerita gossip khalwat ni di bawah:-


Menurut laporan sebuah akhbar, Nabil dan Irma menafikan mereka berkhalwat selepas didakwa sering dilihat bersama di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ketika dihubungi mStar Online, Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd Rani turut mengakui tiada rekod khalwat membabitkan pasangan itu.
“Selepas saya memeriksa di Hotline, tiada rekod yang mengatakan kedua-dua pelakon itu telah ditangkap khalwat.
"Saya sendiri terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Pasangan yang bercinta sejak akhir 2008 itu turut menegaskan mereka tidak pernah duduk berdua-duaan di dalam rumah.
Apabila Nabil datang ke apartmen Irma, dia hanya berada di luar rumah kerana menghantar makanan atau membawa keluar teman wanitanya itu. Nabil berkata walaupun begitu, dia masih mengetahui batas-batas agama

Zoom: Tue lah Nabil, awak tu satu Malaysia dah kenal..nak pergi rumah kekasih pun bawa la kawan...Jangan pergi sorang-sorang kan dan ada isu khalwat..

Apa kata anda di Zoomartis !!

Mac 03, 2010

(Gossip) Aminah Raphor Tidak Akan Maafkan Nabil



Nabil....Ohh Nabil nasi dah jadi bubur, nampaknya lepas ini sediakan la duit untuk bayaran peguam.!! baca je la gossip mengenai pengarah Aminah Rahpor nak saman Nabil di bawah:-


Kesalahan yang dilakukan oleh pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad tidak akan dimaafkan oleh Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Aminah Raphor. Baru-baru ini, juara Raja Lawak Musim Kedua itu didakwa telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd iaitu tidak memberikan kerjasama semasa promosi filem itu dijalankan dan mengeluarkan kenyataan yang telah ‘menjatuhkan’ filem itu.
“Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu. Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya,” jelasnya mengenai filem yang setakat ini telah berjaya mengutip RM2.1 juta.
Walaupun filem yang turut dilakonkan oleh aktres kontroversi Puteri Sarah itu telah selesai wajib tayang pada Khamis lalu namun masih ada sesetengah pawagam yang menayangkan filem itu.
“Produksi telah membelanjakan modal sebanyak RM1.8 juta untuk penggambaran filem itu. Namun, kami masih menanggung kerugian,” ujarnya yang pertama kali mengarah dan menerbitkan filem.
Aminah berpendapat, tindakan untuk menyaman Nabil bukan untuk menghukum pelakon itu semata-mata malah diharap dapat dicontohi oleh artis ‘segera’ yang lain.
“Kita bukan nak kenakan Nabil tetapi sebab perkara ini sudah ‘pecah’. Dia merupakan bintang baru ‘segera’ dan ramai lagi bintang baru yang glamor lahir daripada program realiti. Saya perlu buat perkara ini sebagai pengajaran untuk artis Malaysia kerana sesetengah daripada mereka ada yang tidak bertanggungjawab. Saya nak mereka semua beringat dan sedar agar tiada lagi perkara yang merugikan syarikat,” tegas Aminah yang turut merupakan pengarah teater.
Pada minggu ini, dia dan Suhaimy akan berbincang dengan peguam mereka berhubung kes saman itu.
“Setakat ini kami belum memutuskan jumlah saman ganti rugi yang akan dituntut ke atas Nabil,” tuturnya yang belum melunaskan 20 peratus bayaran terakhir kepada Nabil dan pelakon-pelakon lain.
Katanya, bayaran itu akan diberikan selepas mereka selesai tempoh promosi filem itu.
“Kami belum bincangkan lagi sama ada akan menjelaskan baki bayaran itu kepada Nabil atau tidak,” ujarnya.
Pada 14 Februari lalu, Nabil hanya membuat permohonan maaf terbuka dalam dua akhbar mingguan, termasuk Berita Minggu tetapi tidak secara terus kepada mereka selaku pengeluar filem berkenaan. Aminah turut mengakui Bintang Paling Popular 2008 itu belum memberikan apa-apa tindakan terhadap produksi itu atau pun berdepan dengannya.
“Sejak insiden itu, Nabil tak pernah datang berjumpa dengan saya mahu pun memohon maaf. Tetapi dalam Galaksi di TV9 baru-baru ini, dia kata kalau nak saman, samanlah kerana tidak tahu nak buat apa,” tuturnya yang juga pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Sebelum ini, Nabil dalam kenyataannya melahirkan perasaan kecewa terhadap filem lakonan sendiri, selain mendakwa pembikinan LPSdM tidak disempurnakan dengan baik.

Disember 11, 2009

(Gossip) Nabil Buat Lawak Dengan JPJ Semasa Sekatan Jalan Raya


Nabil oh nabil memang melawak je kerja den ni, Jejaka yang memenangi Raja Lawak sebelum ini meronda-ronda di KL sehinggalah ditahan dalam sekatan jalan raya di Dataran Merdeka.JUm kita baca statement Nabil ni semasa ditahan oleh JPJ !!



Baca Selanjutnya

Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya.

Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu?

Kalau Marilynlah, salah ke tak salah, nampak je JPJ atau polis trafik buat sekatan, perut dah menggelegak menahan takut.

Yang buat tak tahan lagi, Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.


"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer,"
seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.

Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja.

Apa komen anda ?

Julai 08, 2009

(Gambar) Nabil Mentor & Ayu OIAM Mekap Jadi Tua ?





Zoom Comment : APa La nak jadi dengan Artis kita ni, dah make up macam ni pulak...tak sesuai...nak buat macam mana dik ikut jer la cakap ketua u alls,dah nama nyer nak cari rezek..

(Gambar) Nabil Mentor & Ayu OIAM Mekap Jadi Tua ?




Zoom Comment : Alahai,saper la tukang mekap ni ? kenapa lah jadi macam ni !!! kesian kat bebudak dua orang ni kena mekap macam ni ...Nak buat macam mana korang kena la ikut apa make up or orang yg control u alls tue...Dah nak cari makan Ikut Jer la dik..APa KOmen korang ?