Mac 12, 2010

Nabil dan Irma di tangkap khalwat !!!?


Terkejut juga Zoom bila baca tajuk di akhbar online sebentar tadi, dalam kepala Zoom betul ke Juara Raja Lawak ini ditangkap khalwat!?

Baca je la cerita gossip khalwat ni di bawah:-


Menurut laporan sebuah akhbar, Nabil dan Irma menafikan mereka berkhalwat selepas didakwa sering dilihat bersama di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ketika dihubungi mStar Online, Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd Rani turut mengakui tiada rekod khalwat membabitkan pasangan itu.
“Selepas saya memeriksa di Hotline, tiada rekod yang mengatakan kedua-dua pelakon itu telah ditangkap khalwat.
"Saya sendiri terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Pasangan yang bercinta sejak akhir 2008 itu turut menegaskan mereka tidak pernah duduk berdua-duaan di dalam rumah.
Apabila Nabil datang ke apartmen Irma, dia hanya berada di luar rumah kerana menghantar makanan atau membawa keluar teman wanitanya itu. Nabil berkata walaupun begitu, dia masih mengetahui batas-batas agama

Zoom: Tue lah Nabil, awak tu satu Malaysia dah kenal..nak pergi rumah kekasih pun bawa la kawan...Jangan pergi sorang-sorang kan dan ada isu khalwat..

Apa kata anda di Zoomartis !!