Mac 12, 2010

Majlis Memperingati P.Ramlee 22 Mac Di PWTC


SATU atur cara memperingati kelahiran seniman agung Tan Sri P. Ramlee ke 81 tahun akan berlangsung pada Isnin, 22 Mac pukul 2 petang di ruang legar, lobi PWTC, Kuala Lumpur.

Acara itu akan dimulakan dengan bacaan doa dan Fatehah untuk P. Ramlee, diikuti dengan ucapan alu-aluan Datuk Dr. Aziz Sattar selaku pengerusi MZA Terbit Enterprise.
Tetamu istimewa Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, dijangka akan menyempurnakan majlis petang itu.