Setelah beberapa minggu ZoOM menyepikan diri daripada dunia blogging, dek kerana kesibukan mencari rezeki untuk bulan syawal ini. Dan kini kesempatan yang ada ZoOM ingin menyusun sepuluh Jari memohon kemaafan jika ZOoM pernah buat salah dan silap.
Hari ini ZOOM ingin berkongsi bagaimana seseorang artis bernama Que Haidar dan Isteri terpaksa menahan rasa marah dan geram kerana ada pihak yang mempersoalkan nama anak kesayangan mereka yakni Tengku Cleopatra Haidar.
Dan berikut jawapan seorang ayah bagi menempis segala tomahan yang kini bertaburan dialam maya diluar sana :
Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.

















