Memaparkan catatan dengan label zila Bakarin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zila Bakarin. Papar semua catatan

Februari 01, 2011

Ibu Zila Bakarin Sedang Nazak Di Hospital Ampang

Semoga ibu Zila Bakarin akan tabah menghadapi dugaannya, walaupun berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul penyakit yang info kahabarkan telah lama dihidapi oleh ibu Zila.


Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga ibu beliau tabah dan kuat menghadapi dugaannya.Insyallah dengan doa anda akan termakbul.

Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Zila Bakarin & anak comelnya


Zila Bakarin hadir bersama seorang baby perempuan yang sangat comel pada Sesi Ramah Mesra Bersama Barisan Pelakon Drama Bersiri Slot Seram PENUNGGU GUNUNG RAYA dan Slot Lagenda – SIONG.

Dulu, masa lepas beranak, beratnya 63kg, sekarang dah kembali langsing nampaknya. Nama anaknya Kaseh Bte Azri. Lahir pada 17 Mac 2009. Berusia 10 bulan. Baby ni nampak je tenang dan rileks tapi sebenarnya aktif jugak ni.


Baca Selanjutnya

Terpancar dari wajah keibuan Zila yang kini berusia 35 tahun, dia sangat bahagia bersama anaknya. Kaseh banyak mengajarnya erti kematangan dalam mengharungi kehidupan harian.

“Saya jadi lebih matang dan tidak terlalu memikirkan diri sendiri saja. Kalau saya tahu indahnya hidup menjadi ibu, pasti saya akan berkahwin cepat. Sekarang ini pun, kalau pergi ke mana-mana termasuklah ’shooting’, pasti tak sabar nak cepat-cepat balik.”

Zila Bakarin berlakon dalam drama bersiri – SIONG ni. Menurut Zila, dia memegang watak seorang permaisuri yang sangat jahat. Rasanya ini bukan kali pertama Zila bawa watak antagonis. Dalam drama yang diadaptasi daripada filem lagenda Raja Bersiong ni, Zila perlu karakternya benar-benar memberi kesan kepada penonton. Pasti ramai yang tak suka dengan watak permaisuri kepada Raja Wakarima yang kena darah manusia untuk kekal muda.

Zoom: Comel Tak ?

November 03, 2009

(Gossip) Zila Bakarin ingin 'baiki' dagu ke bentuk asal !!!


Duit banyak macam-macam boleh buat, yang lelaki jadi perempuan..dan yang perempuan pula jadi lelaki. Muka bulat jadi bujur..Hidung tak "mancung" jadi "mancung" dan macam-macam lagie..Yang terbaru gossip Akak Zila Bakarin kita ni..kata nak tukar ke bentuk asal..KOrang layan la komen artis sorang ni kat bawah k...!!!



Baca Selanjutnya

"Dari dulu sampai sekarang, cara pemakaian saya tetap sama. Orangnak cakap seksi atau tidak, terpulanglah. Saya tidak pernah hairan apayang orang nak cakap.

Bagi saya, kalau asyik mendengar cakap orang, saya boleh jadi gila.Selama ini pun sudah terlalu banyak orang bercakap tentang saya. Sayaredha saja dengan semua ini. Apa yang penting, saya tidak pernahhipokrit," ujar ibu kepada seorang cahaya mata, Kaseh, yang baruberusia tujuh bulan.

Kata isteri kepada Azri Izhar ini, selama ini, suaminya tidak pernahmemaksa dirinya 'berubah' dan sentiasa menerima seadanya. Akui Zila,'kesedaran' selalunya timbul daripadanya sendiri.
"Sebelum ini pun, saya secara terang-terangan mengaku pernah 'buat'dagu. Orang mengecam saya macam-macam ketika itu, tetapi saya anggapitu adalah kesilapan saya sendiri dan tidak perlulah orang persoalkan.

"Tetapi saya akui, kini saya tidak terlalu mengejar ke arahkecantikan. Adakalanya bila saya lihat wajah saya semula, saya terasaingin 'baiki' semula dagu saya kerana rasanya, muka saya yang dululebih baik berbanding sekarang.
"Tapi kos untuk mengubahnya memang tinggi. Insya-allah, jika ada rezeki lebih, saya akan lakukannya,"
kata Zila.

Zoom Komen: Suka tengok Zila ni, makin comel dan ayu walaupun dan berusia...:P apa komen anda...!! nasib baik la dah berpunyer... hahhahaahhahaahahah....!!! gurau jerr..!!! komen la apa-apa yang patut k..!!!

Mei 13, 2009

Actress Weeding : Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin


Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bashri Abd. Majid, dengan mas kahwin RM1,000. Dengan sekali lafaz, Azri sah bergelar suami Zila dan kedua- dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian berwarna putih.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai. Zila Bakarin yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran wakil media tetapi tetap menyambut baik kedatangan media.

“Bukan Zila tidak mahu jemput media. Ini hanya majlis kecil, sebab Zila bercadang jemput pihak media semasa persandingan Zila nanti,” katanya.

Diminta mengulas tentang perhubungannya, kata Zila dia mengenali Azri yang merupakan seorang jurukamera sejak tujuh tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran drama.

“Zila harap selepas perkahwinan ini rezeki Zila akan lebih murah dalam lakonan dan kekal bahagia dalam perkahwinan selamanya,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Tambah Zila, persandingannya akan dibuat dalam masa terdekat iaitu sebelum pertengahan tahun ini dengan hantaran sebanyak RM20,000.

Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan milik Zila dan suami selamanya.


Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pelakon drama yang seksi, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 33 tahun yang telah berkahwin dengan bfnya, Azri Izhar, 34 tahun. Tanpa majlis pertunangan, Zila diijabkabulkan di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.