Jun 09, 2012

Gossip Panas Dan Konterversi AGM Persatuan Seniman !!!!

Semakin hangat nampaknya persatuan yang ditubuhkan untuk memastikan kebajikan artis di Malaysia ini, jika sebelum ini kisah ketua dan timbalannya. Tetapi kini hadir lagi isu baru mengenai artis Veteran yang tampil mengemukakan petisyen pembatalan AGM Persatuan Seniman kali ke 14.


Dan berikut "Statement" kedua-dua pihak yang sedang menegakkan suara mereka :

ARTIS VETERAN

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. 
Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000 
"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.
"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. 
"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat. 
Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini. 
Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.
PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.
Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.
"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya. 
Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.

PENGURUSAN SENIMAN (ZED ZAIDI) :
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan membuat laporan polis jika artis-artis veteran mengadakan pertemuan tergempar di Finas pada petang Jumaat (petang ini) bagi mempertikaikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 persatuan itu samada sah atau sebaliknya.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata tindakan artis-artis veteran itu menganjurkan perjumpaan bagi mempersoalkan kesahihan mesyuarat pada 26 Mei lalu adalah menyalahi undang-undang.
“Saya akan buat laporan polis jika pertemuan itu diadakan pada petang ini. Untuk apa mereka mahu mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman yang sudah pun berlangsung itu?

“Tindakan itu adalah menyalahi undang-undang kerana jelas sekali mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.

Zed berkata demikian sebagai respons kepada isu terbaru yang dibangkitkan kelompok artis veteran menuntut penjelasan sama ada AGM14 Seniman pada 26 Mei sah atau sebaliknya.

Akhbar Berita Harian pada Jumaat melaporkan, aktor dan bekas Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar mendakwa mereka berasa tertipu dan dipinggirkan ahli angkatan muda kerana beberapa perkara dibangkitkan pada mesyuarat agung itu tidak diendahkan.

Ditanya mengenai konflik yang tercetus dalam tempoh kurang sebulan dia menerajui Seniman, Zed berkata dia enggan untuk mengulas mengenai isu tersebut sehingga pertemuan tergempar itu berlangsung pada petang Jumaat.
“Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih-lebih selagi tiada pengesahan mengenai butiran pertemuan itu.
“Namun, saya percaya ia didalangi oleh individu-individu yang sama seperti kes-kes yang pernah berlaku ketika Seniman diterajui oleh presiden-presiden sebelum ini,” katanya.

Difahamkan, pertemuan tergempar melibatkan artis-artis veteran itu akan diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang dekat sini pada pukul 3 petang Jumaat.

Pada AGM14 lalu, Zed dipilih sebagai presiden baru persatuan berkenaan selepas memperoleh 152 undian, dengan menewaskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof yang sepatutnya bertanding menarik diri pada saat akhir.


ZoOM : Apa nak jadi dengan persatuan ni...pada pendapat ZOoM apa yang mereka perjuangkan tidak akan berjaya tanpa kata sepakat yang sering kali menjadi isu berbangkit.


Apa Komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!