Mac 06, 2010

(Cerita Artis) Ingin naik belon panas bersama Linda Onn


Jika berminat dengar la radio Suria Fm, kalau anda bertuah pastinya dapat naik turun je belon tu...Tak ada terbang mana-mana pun..Jadi telefon la nanti jika anda fan Linda Onn ni..Apa pun baca la cerita mengenai naik belon bersama Linda Onn dan Suria Fm ini...


SEMPENA Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PIHABF) di monumen Alaf Baru, Presint 2 pada 18 Mac-21 Mac ini, Suria FM akan mengadakan kuiz istimewa untuk pendengarnya.
Menariknya, pemanggil yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul itu akan berpeluang menaiki belon udara panas tersebut bersama penyampai Linda Onn.

Kuiz yang akan bermula pada 12 Mac - 18 Mac ini akan diberikan melalui slot Breakfast@Suria, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 - 10 pagi yang dikendalikan oleh penyampai Halim Othman dan Zizi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Suria FM, Roslinda Abdul Majid, atau lebih mesra dengan sapaan DJ Lin, satu soalan akan diberikan kepada setiap pemanggil dan kesemua soalan akan berkisar tentang fiesta belon udara panas dan Suria FM sahaja.

"Soalan itu nanti akan disampaikan terlebih dahulu sebelum kami menerima panggilan. Setiap pemanggil akan diberikan satu soalan sahaja," jelas DJ Lin.

Jelas penyampai permaha ini, setiap pemenang akan menerima dua buah tiket, mereka akan menaiki belon panas itu pada 19 Mac ini bermula pukul 8 - 11 pagi bersama Linda.